• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Lelaki Tak Berbaju Baring Atas Lebuhraya PLUS

oleh AK-47
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGGUNA jalan raya yang melalui  Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bandar Ainsdale, Seremban baru-baru ini gempar apabila menyaksikan seorang lelaki tidak berbaju terbaring sambil melakukan aksi regangan di tengah-tengah lebuhraya.

Aksi pelik lelaki itu sempat dirakam oleh seorang pengguna yang kemudiannya memuat naik di laman Facebook hingga menjadi viral sejak beberapa hari lalu.

Video berdurasi 45 saat itu, sekaligus mengundang tanda tanya netizen mengapa lelaki tersebut berkelakuan sedemikian.

Berdasarkan video, sebuah kereta sedan berwarna perak dipercayai milik lelaki berkenaan dilihat berada di arah bertentangan lebuhraya.

Pengguna jalan raya lain dilihat terpaksa memperlahankan kenderaan bagi mengelak daripada melanggar lelaki terbabit, sambil menyaksikan drama tersebut.

Seorang netizen yang berada di tempat kejadian, Norzuliana Binti Zakaria berkata, sebelum kejadian lelaki tersebut memandu dalam keadaan laju sehingga hilang kawalan dan hampir melanggar pembahagi jalan.

“Kereta dia berpusing, dan selepas itu dia keluar dari kereta dan secara tiba-tiba baring di atas jalan. Dia tidak berbaju dan badannya mempunyai kesan membuat bekam. 

“Saya tidak tahu untuk katakan lelaki itu kurang siuman. Dan selepas kami memintas keretanya, dia dilihat sedang menghisap rokok dengan keadaan keretanya dipasang lampu kecemasan,” ujarnya.

PLUS Malaysia Berhad turut mengesahkan insiden itu berlaku pada kira-kira pukul 11.30 pagi, 4 Oktober lalu.

Pasukan PLUSRonda dikatakan dengan segera bergegas ke tempat kejadian, namun lelaki berkenaan telah meninggalkan lokasi lebih awal. – MYNEWSHUB.CC

Tags: LebuhrayaPLUSvideo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil...

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd