• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Maut Dirempuh Kereta Di Hadapan Rumah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Seorang warga emas maut apabila kereta wira yang dipandunya dirempuh sebuah kereta Nissan Fairlady 350Z di hadapan rumahnya di Jalan Kampung Bakau di sini, malam tadi.

Abdan Yob, 73, yang menjalankan perniagaan bihun sup di hadapan rumahnya dalam perjalanan pulang setelah membeli barang untuk perniagaannya meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Cucu mangsa, Nurazlia Ali, 26, yang ditemui berkata dalam kejadian pukul 8.30 malam itu beliau dan adiknya, Mohd Nurazmeer Ali, 22, meluru ke tempat kejadian apabila mendengar satu dentuman kuat.

“Saya dan adik nampak tokwan dah terbaring di kerusi penumpang…kaki tokwan tersepit pintu tempat duduk pemandu…saya dan adik mengampu tokwan atas riba dan saya ajar tokwan mengucap bila nampak dia dah nazak…,” katanya.

Ketua Polis Kangar, Superitendan Abdul Rahman Mohd Noordin yang dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.

“Siasatan awal mendapati kereta Nissan dipandu laju seorang lelaki berusia 30 tahun pemilik kedai aksesori kereta dari arah Jalan Padang Behor terbabas, lalu melanggar bahagian belakang sebelah kanan kereta mangsa dan mengheretnya sehingga merempuh sebuah lagi kereta Proton Gen 2 milik Nurazlia yang berada di bahu jalan berhadapan rumah datuk beliau.

“Akibat rempuhan itu, kereta Gen 2 tersebut juga turut terseret sehingga melanggar sebuah lagi kereta Kancil milik seorang pelanggan peniaga itu yang diletakkan di bahu jalan itu,” kata Abdul Rahman.

Peniaga bihun sup itu meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Fauziah, manakala pemandu Nissan Fairlady terbabit ditahan untuk disoal siasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautNissanwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd