• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Perlu Cari Formula Ganti Baiah Taklik

oleh Ahmad Albab
22/10/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – PAS perlu mencari formula baharu untuk memastikan wakil rakyat di negeri ini terus istiqamah kepada parti sekiranya cadangan mansuh baiah taklik dilaksanakan.

Veteran PAS, Abdul Fattah Harun berkata, selain bersetuju cadangan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertimbangkan untuk memansuhkan baiah itu, formula baharu tersebut wajar dilaksanakan pada PRU14 nanti.

“Bagi saya patut buang taklik kerana sepatutnya PAS kena yakin, khususnya calon wakil rakyat nanti adalah yang kuat akidahnya, jadi kalau tidak ada taklik pun mereka tidak mudah lompat parti.

“Sepatutnya sudah tidak ada (taklik), dan PAS (perlu) menanam akidah yang tinggi terhadap kepimpinan termasuk calon-calon wakil rakyat supaya terus setia dengan kita (PAS),” katanya kepada Sinar Harian.

Tidak bermaksud meragui kesetiaan jemaah parti itu, namun beliau selaku Yang Dipertua PAS Rantau Panjang melihat, sudah sampai masanya sesuatu dilakukan sesuai dengan keadaan semasa.

“Mungkin juga merasakan ada tekanan, PAS juga agaknya memerhati ramai masyarakat tidak bersetuju dengan taklik sehingga menimbulkan polemik dalam rumah tangga yang dikaitkan dengan agama dan tidak mahu dilihat kejam,” katanya.

PAS katanya sudah kuat di Kelantan dan kemungkinan dengan keyakinan itu jugalah membolehkan taklik talak tiga dalam lafaz baiah dimansuhkan di negeri Serambi Makkah ini. – Sinar Harian Online

Tags: PAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd