• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2016: Nilai BB1M Tak Dikurangkan – Idris Jusoh

oleh Ahmad Albab
23/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan Tinggi menjangkakan insentif kerajaan kepada pelajar menerusi program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak akan dikurangkan dalam Bajet 2016.

Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata sebaliknya, hanya sistem pengagihan BB1M akan ditambah baik berikutan kementeriannya mengesan terdapat beberapa pihak telah menyalahgunakan baucer itu sebelum ini.

“Sama ada nilai BB1M akan ditambah atau sebaliknya Perdana Menteri akan putuskan (dalam Bajet 2016) tetapi saya rasa tidak akan dikurangkan cuma sistem pengedaran baucer itu akan diubah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tadbir Urus 1 Universiti Teknologi Mara (UiTM) Multisistem di sini petang ini.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah universiti itu, Tan Sri Dr Ahmad Zaidee Laidin dan Naib Canselornya Tan Sri Profesor Sahol Hamid Abu Bakar.

Dalam bajet sebelum ini, kerajaan memperuntukkan lebih RM325 juta menerusi program BB1M.

Idris dalam pada itu berharap agar sektor pendidikan tinggi akan terus diberi keutamaan dalam Bajet 2016 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

“Kita harap (yang) terbaik kerana kita tahu bajet ini agak sukar untuk kerajaan dengan kejatuhan harga minyak, kejatuhan komoditi serta ekonomi yang agak tenat di seluruh dunia.

“Bagaimanapun apa dijanjikan Perdana Menteri beliau akan cuba yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai ketiadaan arahan penangguhan kuliah di institusi pengajian tinggi berbanding sekolah yang diarah ditutup berikutan jerebu, Idris berkata situasi di kedua-dua institusi pendidikan itu adalah berbeza.

Beliau berkata sekolah menerima arahan daripada ketua pengarah pelajaran sementara pusat pengajian tinggi menerima arahan daripada naib canselor masing-masing.

“Universiti ada visi mereka sendiri dan kita telah beri kuasa pada setiap naib canselor untuk tentukan sama ada mereka boleh teruskan pengajian atau tidak.

“Bagaimanapun kita peka dengan perkara tersebut dan kita beritahu setiap naib canselor supaya tidak adakan aktiviti luar jika jerebu tinggi,” katanya.

Mengulas mengenai pelancaran Tadbir Urus 1 UiTM Multisistem, beliau berkata ia merupakan sebahagian daripada Program Transformasi universiti itu bersandarkan konsep 3K iaitu Kesedaran, Kemahiran dan Komitmen.

Idris berkata tadbir urus baharu itu akan membawa lebih kecemerlangan dan kejayaan kepada UiTM yang mempunyai 13 kampus di seluruh negara. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]eCKOim52wXw[/wpdevart_youtube]

Tags: Bajet 2016BB1M
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Boleh Mohon Baucar Buku 1Malaysia Mulai Hari Ini

21/02/2017
0

KUALA LUMPUR - Seramai 1.3 juta pelajar pra-universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara boleh memohon Baucar Buku 1Malaysia...

Penuntut Berputih Mata BB1M Bernilai RM30,000 Dilarikan ‘Achong’

20/04/2016
0

SHAH ALAM - Seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam berputih mata apabila Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM30,000 yang ingin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd