• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MotoGP Di Litar Sepang Tetap Terus Waima Ketika Jerebu

oleh
21/10/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia hujung minggu ini tetap akan diteruskan walaupun keadaan jerebu di litar Sepang, Selangor mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC), Datuk Razlan Razali berkata Dorna iaitu pemegang hak penganjuran MotoGP, tetap mahu perlumbaan itu diteruskan dengan menetapkan beberapa perancangan.

Antaranya ialah pihak SIC dijangka memendekkan tempoh masa perlumbaan daripada biasa sekiranya keadaan jerebu semakin teruk di kawasan sekitar litar yang terletak bersebelahan sahaja dengan KLIA di Sepang itu.

“Saya telah bincang dengan Dorna pagi tadi. Mereka pernah anjur perlumbaan di negara lain yang alami jerebu. Kami juga ada pelan kontingensi iaitu tiada sesi pemanas badan atau pun memendekkan masa perlumbaan.

“Perlumbaan MotoGP ini perlu diteruskan juga kerana ia melibatkan kiraan mata bagi kedudukan keseluruhan dunia yang hanya berbaki dua perlumbaan lagi untuk musim ini,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.

SIC

Perlumbaan GP Malaysia pada kali ini boleh menentukan kedudukan terkini juara dunia kategori MotoGP sama ada antara dua pelumba Movista Yamaha MotoGP, Valentino Rossi (Itali) dan Jorge Lorenzo (Sepanyol).

Rossi kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan 296 mata, hanya 11 mata mengatasi Lorenzo. Selain itu, pusingan ke-17 perlumbaan musim ini turut akan menjadi penentu kejuaraan dunia bagi kategori Moto3.

Kejuaraan dunia untuk kategori Moto2 telah pun secara rasmi dimenangi oleh pelumba dari Perancis, Johann Zarco daripada pasukan Ajo Motorsports di litar Motegi, Jepun dalam perlumbaan pada 11 Oktober lepas.

Sementara itu, empat pelumba negara iaitu Hafizh Syahrin Abdullah, Azlan Shah Kamaruzaman dan Mohd. Ramdan Mohd. Rosli serta Zulfahmi Khairuddin turut beraksi dalam baki dua perlumbaan untuk musim ini.

Bersempena dengan sambutan Jubli Perak GP Motosikal Malaysia pada tahun ini, Razlan berkata penjualan tiket sudah pun melebihi 80 peratus iaitu pertambahan sebanyak 38 peratus berbanding rekod dicatatkan tahun lepas.

– BERNAMA/HAA

Tags: grand prixMotoGP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan penganjuran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) lebih murah dibandingkan dengan Formula Satu (F1) dan...

Bagnaia Sambar Petak Utama, Lebur Rekod Sepusingan Terpantas

Bagnaia Sambar Petak Utama, Lebur Rekod Sepusingan Terpantas

11/11/2023
0

SEPANG: Juara bertahan MotoGP dari pasukan Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia menyambar petak utama perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2023...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd