• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayaran Imbuhan, Bonus 1MDB Adalah Sulit

oleh Ahmad Albab
21/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Imbuhan dan bonus yang dibayar kepada eksekutif tertinggi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) adalah sulit dan peribadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata 1MDB adalah syarikat yang tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965, dengan sebarang perjanjian yang dimasuki syarikat tersebut adalah sulit dan peribadi.

“Ini termasuklah kontrak pekerjaan antara syarikat dan pekerjanya,” kata Najib dalam jawapan bertulis kepada Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar) di Dewan Rakyat.

Ko bertanyakan soalan mengenai imbuhan tahunan dan bonus yang dibayar kepada Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif dan ahli lembaga pengarah 1MDB sejak ia ditubuhkan pada 2009.

Dalam jawapan bertulis berkaitan, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata jumlah terperinci hasil tahunan, perbelanjaan dan penyata untung dan rugi serta aliran tunai yang dibuat oleh 1MDB, dimuatkan dalam Penyata Kewangan 1MDB yang telah diaudit sejak 2009.

Beliau berkata jumlah tersebut difailkan setiap tahun di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Beliau berkata maklumat terperinci berkaitan Penyata Kewangan 1MDB yang telah diaudit, boleh dimuat-turun di laman web SSM.

Najib berkata 1MDB dan anak syarikat milik penuhnya telah mendapat pengecualian cukai pendapatan, termasuk dividen, bagi tempoh 10 tahun, selaras dengan Seksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Bagaimanapun, bagi anak syarikat lain yang diperoleh 1MDB, tidak mendapat pengecualian tersebut,” katanya.

Ko bertanyakan hasil tahunan, perbelanjaan dan penyata untung dan rugi 1MDB sejak 2009 serta jumlah aliran tunai tahunan selain cukai yang dibayar setiap tahun sejak 2009. – BERNAMA

Tags: 1MDBNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Bilion Ringgit Orang Sakau Kamu Tak Tahu… Tabung Haji, 1MDB”

“Bilion Ringgit Orang Sakau Kamu Tak Tahu… Tabung Haji, 1MDB”

22/07/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa kesal kerana masih ada pihak tidak mengetahui perbuatan sakau yang...

Jangan Lupa Bersatu Diwujudkan Untuk Menentang Kleptokrasi 1MDB –  Muhyiddin

Jangan Lupa Bersatu Diwujudkan Untuk Menentang Kleptokrasi 1MDB – Muhyiddin

19/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan asas kewujudan parti itu adalah untuk menentang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd