• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MPK Beku 1,400 Cuti Kakitangan Hadapi Banjir Disember Ini

oleh Ahmad Albab
20/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) membekukan cuti kira-kira 1,400 orang pekerjanya sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh Disember ini.

Yang Dipertuanya Datuk Zulkifli Yaacob berkata bermula 1 Dis ini kakitangan yang terlibat akan bersiap sedia berkhidmat di kawasan yang ditetapkan sekiranya banjir besar melanda negeri ini.

“Pembekuan kakitangan melibatkan semua jabatan dalam tempoh sebulan. Ini dilakukan bagi memastikan pihak kita dapat menggerakkan kekuatan tenaga yang ada pada bila-bila masa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zulkifli berkata pihaknya bertanggungjawab menyelia jawatankuasa pemindahan dan keselamatan banjir negeri serta daerah dengan mengerahkan keseluruhan tenaga bagi membantu mangsa yang terlibat berdasarkan kepakaran masing-masing.

MPK turut menyediakan sebuah bilik mesyuarat di Pusat Transformasi Bandar di sini untuk dijadikan sebagai bilik gerakan banjir di negeri sepanjang musim tengkujuh itu nanti.

“Kita turut menyediakan kemudahan pengangkutan seperti lori untuk membantu agensi terlibat dalam kerja pengagihan bantuan kepada mangsa banjir kelak,” kata Zulkifli.

Katanya MPK juga telah membelanjakan kira-kira RM2 juta bagi membersihkan longkang di bawah selenggaraannya di sekitar bandar ini bagi memastikan aliran air tidak tersekat.

“Kerja-kerja menaik taraf dan menyelenggara sistem saliran, mendalamkan dan meluaskan parit ini sebagai langkah mengawal bencana banjir di daerah ini.

“Kita juga telah mengarahkan syarikat SWCrop, Alam Flora, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran menyelenggarakan semua sistem perparitan termasuk longkang di bawah seliaannya sebelum tiba musim tengkujuh,” katanya.

Selain itu, Zulkifli berkata pihaknya akan mengedar risalah persiapan menghadapi banjir di beberapa kawasan perkampungan yang sering dilanda banjir seperti Sungai Isap, Cenderawasih, Tanah Putih dan Bukit Rangin dalam masa terdekat.

Katanya usaha itu sebagai satu daripada cara untuk mengingatkan orang ramai terutamanya di kawasan terjejas supaya mengambil langkah berjaga-jaga apabila tibanya musim tengkujuh. – BERNAMA

Tags: BanjirKuantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd