• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah: Suspek Pencerobohan Lahad Datu Tahu Dia Dipantau

oleh Ahmad Albab
20/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seorang suspek dalam kes pencerobohan Lahad Datu tahu panggilan telefonnya dipantau oleh pihak berkuasa, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Seorang pegawai pemprosesan pintasan komunikasi yang memberi keterangan sebagai saksi terlindung, berkata suspek, Salib Ahmad Emali memberitahu seorang lelaki tidak dikenali yang digelar ‘Lelaki Sabah’, dalam perbualan telefon itu supaya berhati-hati.

“Salib memberitahu Lelaki Sabah supaya berhati-hati dan mereka tidak boleh bercakap panjang disebabkan panggilan itu dipantau,” kata saksi itu menerusi jurubahasa mahkamah yang memakai fon telinga untuk mengikuti keterangan saksi berkenaan.

Saksi itu, yang diberi tanda nama SBM, memberi keterangan dalam perbicaraan 30 individu yang dikaitkan dengan pencerobohan oleh kumpulan lelaki Sulu bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu, pada Februari 2013.

Perbualan dalam bahasa Suluk itu dipintas pada 8.22 malam, 22 Feb 2013.

Dalam satu lagi perbualan telefon yang dipintas pada hari sama, saksi itu berkata Salib dihubungi seorang individu dikenali sebagai ‘Raja’ yang mengarahkannya supaya bersiap sedia pada malam itu.

“Raja berkata kepada Salib: “Bila saya kata okay, kamu boleh mula di sana” sebab Raja mendapat tahu ada orang ‘yang akan masuk’,” kata saksi itu.

Dua puluh tujuh warga Filipina dan tiga penduduk tempatan dibicarakan atas pelbagai tuduhan termasuk menganggotai kumpulan pengganas dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Mereka juga dituduh merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Feb dan 10 April, 2013.

Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung esok. – BERNAMA

Tags: lahad datumahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Tragedi Lahad Datu Genap 13 Tahun Masih Segar Dalam Ingatan

Tragedi Lahad Datu Genap 13 Tahun Masih Segar Dalam Ingatan

04/03/2026
0

AL-FATIHAH... Tidak pernah dilupakan detik hitam yang menguji kedaulatan negara apabila pencerobohan bersenjata berlaku di Lahad Datu, Sabah. Peristiwa pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd