• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parti Amanah Dakwa PAS Kembali Jadi Parti Konservatif

oleh Ahmad Albab
19/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa PAS mempergunakan Himpunan Fastaqim di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan sebagai platform untuk memburuk-burukkan parti Islam baharu tersebut.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Faiz Fadzil berkata, senario itu membuktikan tujuan Himpunan Fastaqim anjuran PAS yang berbeza dengan Himpunan Bersih 4.0 yang disertai Pakatan Harapan.

“Amanah (PAN) hadir ke perhimpunan Bersih 4.0 tuntut keadilan untuk rakyat, Himpunan Hijau (Himpunan Fastaqim) pula untuk kutuk Amanah. PAS akan diadili oleh rakyat,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

PAS sebelum ini membuat keputusan tidak menyertai perhimpunan haram Bersih 4.0 yang disertai PAN, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana enggan terlibat dalam perbuatan menimbulkan huru-hara dalam negara.

Berikutan itu, PAS mengadakan perhimpunan besar-besaran di di Stadium Sultan Muhammad IV kelmarin yang disertai puluhan ribu ahli dan penyokongnnya.

Faiz yang juga anak bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Nor seterusnya mendakwa PAS kembali menjadi sebuah parti yang bersifat konservatif dan takfiri atau menghukum.

Menurut beliau, wajar sebenar PAS itu kini telah diketahui masyarakat umum dan rakyat yang akan bertindak menghukum parti itu.

“Amanah (PAN) ditubuhkan antara lain untuk lawan UMNO. UMNO tak serang Amanah sebaliknya PAS yang serang Amanah,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: Parti Amanah NegaraPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd