• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Akan Terus Mohon Tambah Kuota Haji – Jamil Khir

oleh Ahmad Albab
18/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YAN – Malaysia akan terus memohon kerajaan Arab Saudi untuk menambah kuota haji bagi musim depan apabila pembinaan di kawasan luar Masjidil Haram siap sepenuhnya, kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, isu tambahan kuota haji termasuk tragedi kren tumbang dan rempuhan pada musim haji lepas, akan dibincangkan pada Mesyuarat Menteri-menteri Haji dan Wakaf akan datang.

Menurutnya, jumlah kuota jemaah haji negara akan kembali ke tahap asal sebanyak 28,000 daripada 22,320 ketika ini sekiranya projek pembinaan kawasan luaran Masjidil Haram siap sepenuhnya.

“Kerajaan Arab Saudi sudah memberikan isyarat kepada Malaysia dan jemaah seluruh dunia, jika siap pembinaan, usaha penambahan (kuota), kita akan pohon kerajaan Arab Saudi,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan secara tunai, hari ini.

Mengulas mengenai tragedi kren tumbang dan insiden rempuhan pada musim haji tahun ini, Jamil Khir berkata, perkara itu adalah di luar jangkaan dan pengurusan manusia.

“Kita kena akui, dari tahun ke tahun kerajaan Arab Saudi berusaha meningkatkan kemudahan dan kita juga memahami tragedi seperti ini di luar jangkaan, tetapi usaha-usaha lebih ketat mengawal pergerakan dan keselamatan akan terus dilakukan (oleh kerajaan Arab Saudi),” katanya.

Terdahulu, sebanyak 426 nelayan sekitar Yan menerima elaun sara hidup sebanyak RM125,800 atau antara RM200 hingga RM300 setiap seorang manakala empat nelayan menerima bantuan Program Pembasmian Kemiskinan Nelayan.

Beliau berkata, beberapa usul dibangkitkan Persatuan Nelayan Daerah Yan termasuk cadangan pembinaan tukun tiruan bagi menambah bilangan ikan di kawasan perairan Yan, akan dibincangkan dengan pihak atasan.

Turut hadir pada majlis itu, Pengarah LKIM Kedah Baharudin Kadri, Pengerusi Persatuan Nelayan Daerah Yan Saidin Kassim, dan Pegawai Daerah Yan Mohd Yusri Md Daud. – BERNAMA

Tags: Jamil Khirkuota haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kuota Haji Sudah Penuh, Penerbangan Pertama 18 April Ini – TH

Kuota Haji Sudah Penuh, Penerbangan Pertama 18 April Ini – TH

18/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan proses tawaran haji musim 1447H/2026M lebih lancar dengan kuota yang diperuntukkan...

Mangsa Banjir Terengganu Meningkat Kepada 2,105 Orang

TH Nafi Agih Kuota Haji Kepada Pihak Swasta

25/01/2024
0

SHAH ALAM - Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan dakwaan pihaknya mengagihkan kuota tertentu kepada syarikat swasta atau Pengendali Jemaah Haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd