• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Terus Beri Penjelasan Isu Sensitif – Ahmad Maslan

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – UMNO akan terus memberi penjelasan mengenai isu-isu sensitif secara tertutup bagi mengelak ia diputar belit oleh media sosial yang tidak beretika.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata penjelasan menerusi pertemuan bersemuka harus dibuat bagi memastikan mesej yang disampaikan benar-benar difahami.

“Kadang-kadang soalan yang ditimbulkan sensitif. Ini yang perlu dijelaskan supaya mereka benar-benar faham situasi sebenar dan tidak dikelirukan apabila diputar belit pihak tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum menghadiri Dialog Isu Nasional (DIN) yang diadakan secara tertutup di Institut Kemahiran Mara di Beseri, di sini, malam tadi.

Ahmad berkata penjelasan yang akan diberikan termasuk isu 1MDB, dana politik, rombakan kabinet, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kejatuhan nilai ringgit dan kenaikan tol. – BERNAMA

Tags: Ahmad MaslanUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd