• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Negeri Mahu Lebih Banyak Pelaburan Singapura Di Sarawak

oleh Ahmad Albab
18/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berkata kerajaan negeri berhasrat melihat lebih banyak pelaburan dari Singapura di Sarawak pada masa akan datang.

Beliau berkata ekonomi Sarawak telah membangun dan berkembang menjadikan ekonominya kukuh dan ketiga terbesar di Malaysia.

Menurut beliau, pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak dan Sabah akan menjadi perangsang dalam menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan di negeri ini kerana merentasi negeri ini terutama kawasan luar bandar.

“Saya percaya bahawa projek ini akan membantu Sarawak menjadi tempat yang kompetitif untuk menjalankan perniagaan di negara ini dan sudah pastinya kami mahu melihat lebih banyak pelaburan Singapura di Sarawak pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis makan malam sempena Sukan Perkhidmatan Awam Malaysia-Singapura ke-38 dan Program Seminar Bersama ke-7 untuk Pemimpin Sektor Awam Malaysia dan Singapura 2015 di sini, malam tadi.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Perkhidmatan Awam Singapura Tan Sri Peter Ong, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Adenan berkata sebagai jiran yang saling bergantung antara satu dengan yang lain, usaha berterusan dilakukan bagi memastikan hubungan yang terjalin sentiasa terpelihara dan diperkukuh.

Ujarnya kehadiran para pegawai Singapura pada sukan dan seminar tahun ini yang julung kali diadakan di luar Kuala Lumpur dan Singapura merupakan pengiktirafan kepada usaha membina hubungan dua hala yang harmoni, berpanjangan dan memberi manfaat bersama.

“Kita kadang-kadang memiliki perbezaan pendapat tetapi hubungan kerjasama dua hala yang kuat antara kedua-dua negara sentiasa menjadi objektif utama tetapi saya percaya kita mempunyai banyak persamaan berbanding perbezaan,” katanya.

Adenan berkata Sarawak telah memasuki pelbagai kerjasama dengan Singapura dalam bidang perniagaan, pelaburan dan Sarawak mengalu-alukan kerjasama pada masa akan datang.

Beliau berharap sukan dan seminar yang diadakan di negeri ini menjadi sebahagian daripada program yang menjadi platform kepada idea dan prinsip bersama demi manfaat Malaysia dan Singapura. – BERNAMA

Tags: sarawakSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd