• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4PM Gesa Bank Henti Aibkan Peminjam

oleh Ahmad Albab
17/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) mendesak pihak bank dan insitusi kewangan lain jangan mengaibkan peminjam yang lewat membuat bayaran.

Presidennya, Rosland Mohd. Arif berkata, pihaknya menerima banyak aduan orang ramai yang kesal dengan taktik memalukan peminjam oleh pihak bank tersebut.

“Perkara ini dilakukan ejen pengutip hutang yang dilantik bank. Mereka akan menghubungi saudara-mara atau tempat kerja peminjam.

“Mereka seolah-olah mahu menyampaikan mesej kepada saudara atau rakan peminjam kononnya peminjam cuba lari daripada bayar hutang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rosland berkata, perbuatan dilakukan oleh ejen-ejen pengutip hutang itu satu perbuatan yang sangat tidak bermoral dan bertanggungjawab kerana ia menekan hidup seseorang.

Dakwanya, taktik itu menyebabkan ada peminjam jadi tertekan kerana malu untuk berhadapan dengan saudara-mara dan rakan sekerja sekali gus menjejaskan hubungan dan prestasi kerja mereka.

Tambahnya, taktik mengaibkan peminjam seperti itu juga tidak sepatutnya berlaku kerana bukan semua penghutang yang mahu lari daripada membayar hutang dengan pihak bank.

Beliau dalam pada itu memaklumkan, 4PM berjaya membantu ramai individu menyelesaikan kes hutang tertunggak yang nyaris menyebabkan mereka bankrap dan harta benda peminjam dilelong.

“4PM sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menjaga kepentingan golongan peminjam akan mewakili peminjam untuk berunding dengan pihak bank bagi mendapatkan situasi menang-menang bagi kedua-dua pihak,” katanya.

Orang ramai yang memerlukan bantuan 4PM diminta menghubungi talian 03-238 67835/019-2531000/019-3971000/011-1331 3155 atau melayari laman web www.pppqpmalaysia.weebly.com. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]2X7wM3LYW0o[/wpdevart_youtube]

Tags: Bank
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MPV ‘Meluncur Masuk’ Dalam Bank

MPV ‘Meluncur Masuk’ Dalam Bank

12/04/2025
3

Tanjong Karang: Pelanggan sebuah bank di pekan Tanjong Karang gempar apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) 'meluncur masuk' ke dalam premis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd