• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KTMB Tambah 10 Gerabak Baharu Januari Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
16/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) dan KTM Intercity, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan ditambah dengan 10 gerabak baharu mulai Januari tahun depan.

Menurut Pengurus Kanan (Pemasaran & Perhubungan Pelanggan dan KTM Intercity), Mohd. Noordin Kimi, gerabak baharu itu yang ditempah dari China dijangka sampai sebelum akhir tahun ini.

“Selain memberi imej perkhidmatan ETS, gerabak-gerabak baharu ini adalah untuk menampung pertambahan jumlah penumpang sejak kebekalangan ini,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas pelancaran pakej pelancongan ‘Dekat Je Bersama ETS’ dan taklimat ‘Perlis Dekat Je bersama Media dan Penggiat Industri Pelancongan’ oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab di sini, pada Jumaat.

Mohd. Noordin berkata, KTMB juga telah menukar nama ‘Ekspres Langkawi’ kepada ‘Ekspres Semenanjung’ yang memberi perkhidmatan Johor Baharu-Hatyai mulai 1 Oktober lepas.

Selain itu ujar beliau, pihak KTMB turut menyediakan perkhidmatan ETS tambahan Kuala Lumpur-Padang Besar, Ipoh-Padang Besar dan Gemas-Padang Besar.

“Masa buat promosi di Indonesia, kami mendapati ramai orang yang pernah bercuti di Hatyai tidak mengetahui mengenai perkhidmatan Ekspres Semenanjung atau Intercity. Malah ramai juga tidak mengenali Langkawi.

KTMB akan berusaha menarik minat mereka menggunakan perkhidmatan yang disediakan dengan kerjasama pihak Tourism Malaysia,” kata Mohd. Noordin.

Dalam pada itu, beliau berkata tempahan tiket ETS bagi perjalanan Kuala Lumpur-Padang Besar sehingga akhir bulan ini hampir penuh. – BERNAMA

Tags: ETSKTMB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ETS JB Sentral ke Segamat Hanya Satu Jam 35 Minit – Onn Hafiz

ETS JB Sentral ke Segamat Hanya Satu Jam 35 Minit – Onn Hafiz

17/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Rakyat Johor menikmati satu lagi kemudahan pengangkutan awam yang lebih pantas dengan perkhidmatan ETS bagi...

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd