• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Melecur Separuh Badan Dipercayai Dibakar Dalam Tandas

oleh Ahmad Albab
16/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang lelaki melecur separuh badan, dipercayai dibakar di dalam tandas tingkat bawah pusat beli-belah Prangin Mall di sini, malam tadi.

Lelaki berusia 56 tahun itu mengalami 60 peratus kesan kebakaran pada badan, kini tidak sedarkan diri dan dalam keadaan kritikal di Hospital Pulau Pinang, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid hari ini.

“Menurut doktor, lelaki yang bekerja sebagai broker tanah itu cedera akibat terbakar di kepala, badan dan kaki,” katanya.

Beliau berkata lelaki berkenaan dilapor berlari keluar dari tandas pusat beli-belah itu dalam keadaan terbakar kira-kira pukul 10 malam dan dibantu oleh orang ramai untuk memadam kebakaran di badannya sebelum dihantar ke hospital dengan ambulans.

Mior Faridalatrash berkata hasil rakaman CCTV, polis mendapati seorang lelaki memasuki tandas itu tiga minit terlebih dahulu sebelum mangsa.

“Apabila mangsa berlari keluar sambil terbakar, seorang lelaki berhelmet dilihat berlari keluar dengan memegang beg dipercayai milik mangsa,” katanya.

Beliau berkata sebelum tidak sedarkan diri, lelaki itu memberitahu bahawa dia tidak nampak sesiapa yang terlibat dalam kejadian itu kerana dia berada di dalam tandas dan pintu bertutup.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: kebakaranlelakimelecur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd