• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki & Kenalan Wanitanya Dituduh Bersama Miliki Dadah

oleh Ahmad Albab
16/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang ibu dua anak dan kenalan lelakinya didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan memiliki dadah jenis heroin dan methaphetamine.

Sharifah Endah Haminudin, 30, mengaku tidak bersalah manakala Razman Ahmad, 30, mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan di hadapan Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedah.

Mereka didakwa memiliki dadah jenis heroin seberat 2.02 gram pada 12 Okt lepas di kilometer (km) 0.3 Jambatan Pulau Pinang di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39(a) akta sama.

Bagi pertuduhan kedua, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama pada masa, tarikh dan tempat yang sama memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 0.82 gram di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya serta boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta sama.

Sri Pracha Nanthini menetapkan 3 Dis sebagai tarikh sebutan semula semua kes sementara menanti laporan kimia dikeluarkan.

“Mahkamah juga membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 bagi pertuduhan pertama dan RM2,000 bagi pertuduhan kedua untuk setiap tertuduh dengan seorang penjamin,” katanya.

Mengikut kertas pertuduhan, kesalahan di bawah pertuduhan pertama jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun serta sebatan antara tiga hingga sembilan kali.

Di bawah pertuduhan kedua pula mereka boleh dihukum denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Ramlan manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). – BERNAMA

Tags: heroinkes dadahmethaphetaminepolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd