• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perjanjian Lebuh Raya Perjanjian Bodoh! – DAP

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP menegaskan kenaikan kadar tol berlaku disebabkan perjanjian bodoh kerajaan Malaysia dengan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya pada tahun 1980-an.

Setiausaha Publisiti DAP Pusat, Tony Pua berkata, perjanjian lama itu menyebabkan kerajaan perlu membayar ratusan juta ringgit kepada syarikat konsesi supaya mereka tidak menaikkan kadar tol.

“Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar menjelaskan kerajaan berasakan tidak lagi perlu membayar pampasan kepada syarikat konsesi supaya tidak menaikkan kadar tol.

“Sebenarnya, perkara yang perlu disalahkan adalah disebabkan kebodohan menandatangani perjanjian seperti itu dengan syarikat konsesi,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) dalam satu kenyataan rasmi pada 13 Oktober lalu menegaskan mereka berhak menaikkan kadar tol selepas kerajaan tidak lagi mahu membayar pampasan kepada mereka supaya tidak menaikkan kadar tol.

Ia berdasarkan Dasar Penswastaan Lebuh Raya Bertol yang dimeterai kerajaan pada tahun 1980-an membenarkan syarikat konsesi melakukan penyelarasan kadar tol dengan mengambil kira unjuran trafik, kos pembiayaan kewangan, kadar inflasi dan kos penyelenggaran serta operasi dari semasa ke semasa.

Justeru, PSKLM menegaskan kerajaan sedia ada perlu menghormati perjanjian dengan syarikat konsesi tol pada tahun 1980-an itu bagi menjaga kredibiliti semua pihak terlibat terutamanya dalam aspek keyakinan pelabur ke Malaysia di masa hadapan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu mengulas isu itu baru-baru ini menyarankan supaya Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), sebuah projek penting ketika era pentadbirannya ‘diletupkan’ sahaja jika ia menyusahkan ramai pihak. - MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPKenaikan TolKonsesi Tol
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd