• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Ada Hak Untuk Keluar Daripada Malaysia – TMJ

oleh AK-47
17/06/2022
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU -Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah bahawa pandangannya mungkin dilihat bertujuan untuk mencetuskan sentimen kenegerian, namun sebenarnya perhatian baginda hanyalah khusus pada rakyat Johor.

“Beta bakal mewarisi takhta negeri Johor dan tanggungjawab utama beta semestinya terhadap rakyat jelata. Malaysia sangat penting, tetapi negeri Johor dan JDT akan sentiasa menjadi prioriti utama beta,” titah baginda.

Dalam satu wawancara bersama portal berita bola sepak tempatan FourthOfficial.com, baginda bertitah: “Rakyat berhak untuk mengetahui bahawa segala masalah yang berlaku dalam negara kita pada hari ini, tiada kena-mengena dengan institusi DiRaja negeri Johor.

TMJ Dilantik Pemangku Raja Johor

“Selama ini, ternyata kami telah berjaya berdiri teguh atas kaki sendiri serta berdaya usaha. Malah, kami hanya menyertai Persekutuan Malaya selepas persetujuan antara dua pihak tercapai berdasarkan beberapa terma asas.

“Dan jika salah satu daripada syarat tersebut dilanggar, maka kami ada hak untuk menarik diri daripada negara ini. Masyarakat di luar sana mungkin boleh menuduh beta sengaja mengeluarkan kenyataan provokasi.

“Tapi pada beta, beta hanya melakukan tugas sebagai bakal Sultan negeri Johor, serta mengingatkan mereka tentang sejarah dan warisan yang ditinggalkan bumi bertuah ini,” titah baginda lagi, panjang lebar.

Pada Jun lalu, adinda Tunku Ismail, Tunku Idris Sultan Ibrahim telah mencetuskan kontroversi apabila baginda memuat naik tulisan berunsur amaran bahawa Johor mungkin akan menarik diri daripada Malaysia, menerusi akaun Instragram miliknya.

Dalam kiriman yang kini telah dipadamkan, putera itu bertitah bahawa negeri tersebut telah bersetuju untuk menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1946 dengan beberapa syarat.

Ini termasuklah menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi negeri Johor, hak mutlak negeri terhadap isu air dan darat, serta kerabat negeri dibenarkan untuk mempunyai angkatan tenteranya sendiri.- MYNEWSHUB.CC

Tags: JohorTMJ
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

22/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor tetap dengan keputusan bertanding semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd