• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbicaraan Kes Saman Terhadap Rafizi, Malaysiakini Bermula 8 Dis

oleh Ahmad Albab
16/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes saman Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail terhadap Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli dan Malaysiakini berhubung kenyataan berkaitan pinjaman membeli hartanah KL Eco City, akan bermula 8 Dis ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Azizul Azmi Adnan menetapkan tarikh itu dengan dihadiri peguam Noor Farhah Mustaffa mewakili Mohamad Salleh yang merupakan pengerusi eksekutif National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) dan syarikat berkenaan selaku plaintif.

Prosiding di dalam kamar itu turut dihadiri peguam Razlan Hadri Zulkifli, mewakili Mohd Rafizi dan pemilik portal berita Malaysiakini iaitu Mkini Dotcom Sdn. Bhd. yang dinamakan sebagai defendan dalam kes saman fitnah yang difailkan pada 3 Jun 2013.

Razlan Hadri ketika ditemui pemberita berkata mahkamah menetapkan 8, 9, 10, 11 dan 16 Dis untuk perbicaraan kes itu sebelum tarikh bicara sebelum ini pada 26 Okt dilapangkan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Salleh mendakwa pada 7 Mac 2012, Mohd Rafizi mengeluarkan kenyataan fitnah pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR berhubung pembelian hartanah KL Eco City dan berita itu disiarkan dalam Malaysiakini pada hari sama.

Mohamad Salleh mendakwa saman itu dibuat berikutan kerugian yang ditanggung beliau berikutan pembohongan, maklumat yang mengelirukan, pendedahan maklumat sulit perbankan dan fitnah oleh defendan.

Sehubungan itu, Mohamad Salleh memohon ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Beliau juga memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada terus mengelirukan dan menipu orang ramai berhubung isu pinjaman itu. – BERNAMA

Tags: MalaysiakiniRafizi Ramlisaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd