• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Bas Rapid Penang Parah Ditikam Wanita Kurang Siuman

oleh Ahmad Albab
07/10/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Seorang pemandu Bas Rapid Penang Sdn Bhd (Rapid Penang) parah ditikam oleh penumpang wanita dipercayai kurang siuman dalam kejadian berhampiran Bukit Relau di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi itu, mangsa, Aisyamudin Yaacob, 30-an parah selepas ditikam di paha kiri oleh seorang wanita berusia lingkungan 40-an yang dipercayai berang selepas pemandu bas berkenaan enggan memberhentikan kenderaan di hadapan rumahnya.

rapid

Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai, Anuar, 30-an, berkata ketika kejadian dia menaiki bas berkenaan dari Jeti Pengkalan Weld di sini, untuk pulang ke rumahnya.

“Suspek menaiki bas berkenaan di sebuah stesen di Air Hitam sebelum menekan loceng untuk berhenti di rumahnya dekat Green Garden di sini. Bagaimanapun, pemandu bas itu memberhentikan kenderaan di stesen bas berhampiran.

“Wanita itu berang kerana pemandu bas berkenaan enggan memberhentikan bas di hadapan rumahnya bertindak mengeluarkan satu senjata tajam dan menikam paha mangsa,” katanya.

Beliau berkata, ketika itu hanya lima penumpang berada di dalam bas itu, turut panik dengan kejadian terbabit.

“Pemandu itu bertindak memberhentikan kenderaan di tepi jalan sebelum wanita itu terus melarikan diri,” katanya.

Katanya, pemandu itu dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, setakat ini polis masih mengesan wanita terbabit yang melarikan diri sejurus kejadian. – BH Online

Tags: tikam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

13/09/2025
0

Kuala Lumpur: Kertas siasatan membabitkan kes mayat seorang wanita ditemui dalam sebuah kereta bersama seorang lelaki yang menikam serta menembak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd