• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terbuka Amerika: Nicol Tumpas Kepada Laura Massaro

oleh Ahmad Albab
16/10/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aksi cemerlang juara lapan kali skuasy wanita dunia, Datuk Nicol Ann David dalam Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat 2015 tersekat setelah beliau tumpas kepada pemain England, Laura Massaro, kekalahan kelima beliau bagi tahun ini.

Menurut laman web rasmi kejohanan, www.usopensquash.com, pemain berusia 32 tahun itu tewas 2-3 kepada pemain pilihan kelima itu di separuh masa kedua perlawanan suku akhir.

Perlawanan sengit lima set yang berlangsung di Drexel University, Philadelphia, itu mengambil masa sejam 11 minit.

Nicol, pemain pilihan utama kejohanan, bermula dengan baik dengan menguasai dua set pertama 11-8, 11-4, bagaimanapun Laura bangkit semula di set ketiga dan menang 11-6.

Pemain negara itu bagaimanapun nampak kehilangan rentak di set keempat, membolehkan lawannya menyamakan mata dengan 11-8.

Dalam set penentuan, kedua-dua pemain beraksi dengan semangat tinggi namun Laura menang 12-10 membolehkan beliau menempah tempat ke separuh akhir.

Beliau akan bertemu pemain Mesir Omneya Abdel Kawy di separuh akhir selepas menewaskan pemain India Dipika Pallikal 9-11, 11-6, 11-8, 2-11 dan 11-3. – BERNAMA

Tags: Nicol DavidSkuasy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harleein Harumkan Nama Malaysia Di AS

24/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Atlet cilik skuasy, Harleein Tan berazam untuk terus maju dalam usaha merangkul lebih banyak kejayaan di masa akan...

M’sia Batal Kejohanan Skuasy Dunia Di KL Sebab Atlet Israel, Omicron

30/11/2021
0

Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia lelaki di Malaysia dibatalkan kerana kebimbangan mengenai varian koronavirus baru Omicron dan isu visa untuk atlet...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd