• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin PKR Mengaku Ahli Lembaga Pengarah SPRINT

oleh Ahmad Albab
16/10/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas didesak ramai pihak, pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), R.Sivarasa akhirnya mengaku beliau salah seorang Ahli Lembaga Pengarah syarikat konsesi lebuh raya SPRINT Sdn. Bhd. (SPRINT) yang turut mengumumkan kenaikan kadar tol baru-baru ini.

Sivarasa hanya selepas beberapa hari kenaikan kadar tol itu diumumkan mengakui beliau dilantik ke jawatan itu pada Januari lalu selaku wakil Kumpulan Perangsang Selangor Bhd. (KPS) yang merupakan pemilik 20 peratus saham SPRINT.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Subang bagaimanapun memberi alasan kononnya tidak pernah dirujuk oleh pihak pengurusan syarikat konsesi lebuh raya itu untuk menaikkan kadar tol.

“Persoalan sokongan saya sebagai ahli lembaga pengarah untuk kenaikan tol tidak timbul langsung. Isu kenaikan tol tidak pernah dirujuk kepada Ahli Lembaga Pengarah untuk dibincang,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sivarasa dalam pada itu cuba mengalih isu beliau ke atas kerajaan dengan mendakwa SPRINT terpaksa menaikkan kadar tol selepas menerima surat daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang memaklumkan kerajaan tidak akan membayar lebih pampasan kepada syarikat itu lagi.

Menurutnya, ekoran itu, kenaikan tol terpaksa diumumkan oleh syarikat tersebut.

“Saya tidak setuju dengan kenaikan tol yang telah diumumkan. Saya akan menulis kepada Pengerusi syarikat SPRINT, Ir Yusuff Daud untuk memanggil satu mesyuarat khas dan kaji semula perkara ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kenaikan TolKonsesi TolLebuhraya SPRINTPKRR.SivarasaTol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut telah hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd