• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Pendekatan Menang-Menang Dalam Soal Royalti Minyak

oleh AK-47
10/08/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah mempunyai cara tersendiri dalam menangani isu royalti minyak dengan menggunakan pendekatan situasi menang-menang yang akan membawa keuntungan dan kebaikan terhadap perkembangan ekonomi seluruh rakyat di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata kerajaan negeri juga akan mengadakan perundingan secara berterusan dengan Kerajaan Persekutuan mengenai pemilikan ekuiti menerusi jumlah pelaburan projek minyak dan gas di Sabah.

“Kerajaan tidak perlu terikut-ikut dengan gaya pembangkang yang membuat tuntutan itu…kalau kita berteriak-teriak cakap sahaja tiada faedah, lagi baik kalau kita berbincang cara baik dapat membawa keuntungan dan manfaat kepada Sabah,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Kota Kinabalu di sini, hari ini.

Musa yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, selain pemberian royalti minyak, kerajaan negeri juga meminta ekuiti dalam pelbagai projek berkaitan minyak dan gas seperti projek saluran gas Kimanis ke Bintulu dan pemilikan 25 peratus bagi pelaburan di Projek Ammonia Urea Sabah (SAMUR) di Sipitang.

“Sabah juga berusaha menjadi perintis dalam meneroka industri minyak dan gas selain mengadakan usaha sama dengan Petronas,” katanya.

Sehubungan itu, beliau percaya formula berkenaan membawa kebaikan dan disenangi pelbagai pihak bagi mempertingkat atau menambah nilai kepentingan Sabah dalam industri minyak dan gas sekali gus memberikan peruntukan lebih kepada Sabah.

Mengenai isu berasingan, Musa mahu agar UMNO Kota Kinabalu merampas semula kerusi yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya lepas.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Musa yang juga Pengerusi UMNO negeri meminta semua ahli parti menjadikan mesyuarat perwakilan sebagai platform terbaik dalam mengutarakan idea dan pandangan bernas bagi memantapkan parti.

“Saya minta semua ahli mengekalkan perpaduan dalam parti bagi memantapkan perjuangan parti yang menjadi budaya UMNO dari dulu hingga sekarang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Musa AmanSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd