• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bot Terbalik: Mayat Seorang Lagi Mangsa Lemas Ditemui

oleh Ahmad Albab
06/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Mayat seorang lagi mangsa tragedi bot terbalik dalam kejadian Sabtu lalu ditemui pagi ini, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Rahmat Kamaruzaman.

Rahmat berkata mayat Wan Nurdina Nadia Wan Azli, 10, ditemui di tebing Sungai Golok di Kampung Bakung, Pasir Mas oleh penduduk kampung pada pukul 9.30 pagi.

“Mayat Wan Nurdina Nadia ditemui dalam keadaan terapung yang jaraknya dari lokasi kejadian adalah kira-kira 10 kilometer,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata mayat murid Sekolah Kebangsaan Jerantut itu dihantar ke Hospital Lati, Pasir Mas untuk bedah siasat.

Sabtu lalu, Wan Nurdina, adiknya Wan Nurhabib Naufal, 6, dan ibu mereka Rosmiwati Zakaria, 37, dihanyutkan arus deras selepas bot yang dinaiki mereka terbalik di Sungai Golok, Rantau Panjang.

Anak beranak itu adalah antara 15 penumpang bot yang sedang pulang dari Pasar Mundok, yang terletak di seberang Sungai Golok, sebelah Thailand.

Sebelum ini mayat Rosmiwati ditemui pada pukul 5.45 petang pada hari yang sama iaitu beberapa jam selepas kejadian yang berlaku pada pukul 3.30 petang.

Bot itu terbalik dalam keadaan arus sungai deras berikutan hujan lebat sebelum itu.

Mangsa lain berjaya diselamatkan dan ada yang berenang ke tebing.

Rosmiwati merupakan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Jerantut, Pahang.
Sementara itu Rahmat berkata operasi mencari dan menyelamat kini diperluaskan sehingga 15 kilometer bagi mencari Wan Nurhabib Naufal yang belum ditemui. – BERNAMA

Tags: Mayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd