• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Delia Tersingkir Di Kejohanan Skuasy Terbuka Amerika Syarikat

oleh Ahmad Albab
14/10/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain skuasy wanita nombor dua negara, Delia Arnold tersingkir daripada Kejohanan Skuasy Terbuka Amerika Syarikat 2015 yang berlangsung di Philadephia.

Delia selaku pilihan ke-11 kejohanan kalah 4-11, 6-11 dan 4-11 kepada pilihan ketiga dan pemain nombor empat dunia, Camille Serme dari Perancis di pusingan kedua pada Selasa, menurut laman web kejohanan www.usopensquash.com.

Delia sebelum ini melangkah ke pusingan kedua setelah mengalahkan Nicolette Fernandes dari Guyana di pusingan pembukaan pada Ahad.

Dengan kekalahan itu, kini hanya tinggal ratu skuasy negara dan pemain nombor dua dunia Datuk Nicol David yang bakal meneruskan cabaran Malaysia.

Nicol yang juga juara bertahan akan bertemu juara remaja dunia dan pilihan ke-12 kejohanan, Nouran Gohar dari Mesir di pusingan kedua pada Selasa.

Penyertaan pemain lelaki negara, Mohd Nafiizwan Adnan berakhir pada Isnin selepas tewas 9-11, 3-11, 7-11 kepada pilihan kelima dan bekas juara dunia tiga kali Ramy Ashour dari Mesir di pusingan pembukaan. – BERNAMA

Tags: Skuasy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harleein Harumkan Nama Malaysia Di AS

24/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Atlet cilik skuasy, Harleein Tan berazam untuk terus maju dalam usaha merangkul lebih banyak kejayaan di masa akan...

M’sia Batal Kejohanan Skuasy Dunia Di KL Sebab Atlet Israel, Omicron

30/11/2021
0

Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia lelaki di Malaysia dibatalkan kerana kebimbangan mengenai varian koronavirus baru Omicron dan isu visa untuk atlet...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd