• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Kutipan Zakat Di Wilayah Persekutuan Meningkat 10%

oleh Ahmad Albab
14/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah kutipan zakat di Wilayah Persekutuan tahun ini meningkat 10 peratus berbanding tahun lepas, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Abdul Hakim Amir Osman.

Abdul Hakim berkata antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan itu ialah penggunaan media sosial yang menjadi medium dakwah efektif bagi pihak PPZ-MAIWP mendidik orang ramai dalam menunaikan rukun Islam ketiga itu.

“Melalui penggunaan media sosial seperti Facebook, dan Youtube, ia dilihat sangat berkesan dalam menyampaikan maklumat yang turut disertai dengan tutorial membayar zakat,” katanya kepada pemberita sempena Program Santai Ambang Tahun Baru@Downtown Cheras, di sini, malam tadi.

Program itu dengan kerjasama Persatuan Pengasih Malaysia selaku penganjur pasar malam itu adalah program dakwah santai sambil mempromosikan zakat harta termasuklah zakat perniagaan kepada para peniaga dan penjaja termasuk pengunjung di Pasar Malam Downtown Cheras.

Abdul Hakim berkata seramai 23,000 orang asnaf di Wilayah Persekutuan sedang menerima bantuan itu sama ada dari segi bantuan bulanan, pendidikan dan pembangunan infrastruktur sosial seperti masjid.

“Saya menyeru agar melalui program sebegini dapat mengajak lebih ramai masyarakat Islam yang sudah cukup syarat untuk tampil menunaikan zakat sekali gus dapat membela nasib asnaf-asnaf yang memerlukan,” katanya.

Antara yang memeriahkan program tersebut ialah pendakwah Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang, Ustaz Fauzi Mustaffa, Ustaz Akhil Hayy, Mawi dan ramai lain. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]xsFjbzHTtBw[/wpdevart_youtube]

Tags: Zakat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

21/11/2025
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan 60 peratus penerima zakat di negeri itu sebenarnya terdiri...

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

19/10/2025
0

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang bekas kakitangan badan berkanun kerana disyaki terbabit rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd