• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siap Sedia Hadapi Perubahan Landskap Pendidikan Tinggi

oleh Ahmad Albab
13/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Semua pihak termasuk ahli akademik, pensyarah dan pelajar perlu mempersiapkan diri dalam menghadapi perubahan landskap pendidikan tinggi masa depan berikutan perkembangan teknologi dan globalisasi, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

“Keadaan yang sentiasa berubah, teknologi dan kehendak dalam landskap pendidikan tinggi juga sentiasa berubah. Pelajar akan menjadi masyarakat global dan mereka memerlukan teknologi lebih baik dalam proses pembelajaran,” katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Sebelum itu, beliau menghadiri forum bersiri ‘Universiti Masa Depan’ di kementeriannya, yang akan memberikan cadangan dan pandangan kepada pihak kementerian bagi pelaksanaan pendidikan tinggi masa depan yang lebih baik.

Forum itu dihadiri anggota panel terkemuka seperti Pro Canselor Universiti Sains Malaysia, Tan Sri Prof Dr. Lin See Yan; Rektor Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah, Tan Sri Prof Dr. Nordin Kardi; dan Pengarah Tien Wah Press Holdings Bhd., Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Arif.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Dr. Asma Ismail merupakan moderator forum.

Idris berkata Malaysia perlu mengenal pasti cabaran dalam memastikan universiti dalam negara adalah lebih baik daripada universiti lain.

“Kalau kita mahu memberi tumpuan dalam bidang robotik, Jepun telah mendahului negara kita. Mungkin apa yang kita boleh lakukan ialah melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang iklim tropika,” katanya. – BERNAMA

Tags: Idris JusohKementerian Pendidikan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pakar pendidikan, Anuar Ahmad mengingatkan kepimpinan pendidikan di pelbagai peringkat supaya berhati-hati terhadap kelompok yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd