• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengkorak Milik Bekas Anggota Polis

oleh AK-47
25/08/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur – Serpihan tengkorak manusia dengan kesan terbakar yang ditemui di tempat letak kereta bersebelahan Hospital Tawakal Baru, Jalan Pahang, di sini, kelmarin disahkan bekas anggota polis berpangkat Koperal berusia 52 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada kematian mangsa disebabkan perbuatan jenayah atau sebaliknya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di kawasan semak atas bukit 20 meter dari tempat penemuan tengkorak itu membawa kepada penemuan beberapa lagi serpihan tulang manusia dan cebisan pakaian.

“Berdasarkan kepada keadaan tengkorak dan tulang, sukar untuk lihat kesan perbuatan jenayah. Setakat ini siasatan dilakukan mengikut Kes Kematian Mengejut (SDR) sementara menunggu laporan daripada patologi.

“Turut ditemui beg duit dipercayai milik mangsa yang mengandungi kad ATM Maybank, MyKad, Lesen Memandu dan wang tunai RM3,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, orang awam yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Pada jam 8.30 pagi kelmarin seorang penyelia kawasan parkir kereta terkejut selepas menemui satu objek yang menyerupai tengkorak manusia. – myMetro Online

Tags: Mayatpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd