• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nicol Bermula Dengan Langkah Kanan Di Terbuka Amerika

oleh Ahmad Albab
12/10/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ratu skuasy negara yang juga pemain nombor dua dunia, Datuk Nicol David membuka kempennya mempertahankan gelaran kejohanan skuasy Terbuka Amerika dengan kemenangan straight set untuk mara ke pusingan kedua.

Dalam perlawanan pembukaannya di kejohanan yang berlangsung di Philadelphia awal pagi tadi, Nicol yang diletakkan sebagai pilihan kedua mudah menjinakkan pemain Hong Kong yang mara daripada pusingan kelayakan, Joey Chan 11-6, 11-9, 11-8.

Nicol yang memburu gelaran ketiganya musim ini akan berdepan pilihan ke-12, Nouran Gohar dari Mesir di pusingan kedua nanti.

Nouran yang juga juara remaja dunia mara ke pusingan kedua selepas menyingkirkan rakan senegaranya, Kazy Emad El Defrawy 11-5, 11-6, 11-7.

Untuk rekod, Nicol telah memenangi dua gelaran tahun ini iaitu Cleveland Classic di Ohio, Amerika Syarikat pada Februari dan Kejohanan Wanita Asia di Kuwait, Mei lepas.

Pemain nombor dua negara, Delia Arnold yang menewaskan Nicolette Fernandes dari Guyana dalam perlawanan pertamanya semalam, berdepan tugas berat apabila menantinya di pusingan kedua hari ini ialah pemain nombor empat dunia, Camille Serme dari Perancis.

Malaysia tidak mempunyai wakil lelaki selepas Mohd Nafiizwan Adnan tewas 9-11, 3-11, 7-11 kepada pilihan kelima yang juga juara dunia tiga kali, Ramy Ashour dari Mesir semalam. – BERNAMA

Tags: Nicol DavidSkuasysurat terbuka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harleein Harumkan Nama Malaysia Di AS

24/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Atlet cilik skuasy, Harleein Tan berazam untuk terus maju dalam usaha merangkul lebih banyak kejayaan di masa akan...

M’sia Batal Kejohanan Skuasy Dunia Di KL Sebab Atlet Israel, Omicron

30/11/2021
0

Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia lelaki di Malaysia dibatalkan kerana kebimbangan mengenai varian koronavirus baru Omicron dan isu visa untuk atlet...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd