• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Melaka Tumpaskan Sindiket Proses Dan Jual Dadah

oleh Ahmad Albab
12/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Polis Melaka berjaya menumpaskan sindiket memproses dan menjual dadah selepas menahan dua individu dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM137,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Kenanga, Kampung Lapan di sini, Khamis lepas.

Ketua Siasatan Jenayah Narkotik Melaka, Supt Maidu Abu Bakar berkata seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun dan wanita warga Vietnam berumur 25 tahun ditahan di rumah berkenaan yang dipercayai menjadi makmal memproses dadah jenis heroin dalam serbuan pukul 1 tengah hari itu.

Beliau berkata hasil pemeriksaan polis menjumpai 54 paket plastik dipercayai syabu; satu bungkusan kuning disyaki syabu seberat 1.2 kilogram, tujuh paket plastik berisi heroin dengan anggaran 959 gram serta 30 pil estasy seberat 6.8 gram.

“Semua dadah dijumpai di tingkat tiga rumah sewa itu dengan beberapa alat memproses antaranya kuali dan botol bahan kimia yang dipercayai digunakan untuk kegiatan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati sindiket ini membeli syabu untuk diproses semula bersama beberapa bahan kimia lain bagi mengaut keuntungan lebih,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata sindiket itu dipercayai menjual dadah berkenaan untuk pasaran di negeri ini dan telah beroperasi kira-kira dua bulan lepas.

Katanya polis turut merampas sebuah kereta bernilai RM45,000 yang digunakan suspek dan ujian saringan yang dijalankan mendapati dua suspek itu masing-masing positif dadah jenis opiate dan methamphetamine.

Maidu berkata siasatan lanjut mendapati lelaki berkenaan mempunyai lima rekod jenyah lampau berkaitan dadah manakala wanita itu didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Beliau berkata kedua-dua suspek ditahan reman tujuh hari sehingga 16 Okt ini untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati sekiranya sabit kesalahan.

Mengulas lanjut, katanya polis percaya sindiket itu dianggotai beberapa individu lain dan pihaknya sedang memburu mereka untuk membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: dadahMelaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

DAP Johor Sokong Tangguh PRN, “Demi Kesejahteraan Rakyat” – Sheikh Omar

DAP Johor Sokong Tangguh PRN, “Demi Kesejahteraan Rakyat” – Sheikh Omar

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP Johor menyambut baik cadangan menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka. Naib Pengerusi DAP Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd