• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Beradik Rentung Dalam Kebakaran Rumah

oleh Ahmad Albab
12/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Dua beradik lelaki ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Neting, Pengkalan Kubor di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pada 12.10 tengah malam itu, Mohd Zulhilmi Asaari, 33, dan adiknya Mohd Nasrullah, 23, sedang tidur dalam dua bilik berasingan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor Pegawai Bomba Kanan 1, Nazah Nafi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.14 tengah malam sebelum 20 anggota bersama-sama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pihak bomba cuba mengesan dua mangsa yang dimaklumkan terperangkap dalam rumah berkenaan. Namun, tidak berjaya selepas 80 peratus daripada kediaman itu terbakar,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Nazah berkata selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 1.45 pagi, dua beradik itu ditemui rentung. Mayat diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat.

Sementara itu, keluarga mangsa yang ditemui di Hospital Tumpat enggan ditemu ramah berhubung kejadian itu.

Saksi kejadian yang juga jiran mangsa, Tuan Zainab Tuan Kadir, 62, berkata kebakaran itu disedarinya selepas mendengar jeritan kuat dari luar rumah.

“Selepas membuka pintu bilik tidur, saya melihat api sedang marak. Saya meminta anak menghubungi bomba sebelum bergegas ke rumahnya (mangsa) bersama suami,” katanya.

Katanya beberapa orang kampung cuba memecahkan pintu rumah dan memanggil mangsa namun tiada sebarang jawapan diterima sehingga seluruh rumah musnah dijilat api.

Kedua-dua mangsa adalah daripada tujuh beradik dan tinggal di rumah berkenaan sejak kematian ibu bapa mereka dua tahun lepas.

Punca kebakaran masih disiasat dan kerugian dianggarkan berjumlah RM80,000. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd