• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Diminta Tarik Balik Larangan Guna Laluan Khas

oleh Ahmad Albab
11/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT KAYU HITAM – Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta menarik balik arahan tidak membenarkan pegawai kerajaan Malaysia dan Thailand menggunakan laluan khas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam.

Adun Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar berkata, laluan khas itu kini hanya boleh digunakan oleh anggota tentera dan polis.

Beliau berkata, arahan itu dikeluarkan serta merta oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim, selepas melakukan lawatan di kompleks CIQ pada 17 September lepas.

“Sejak 27 tahun lepas, pegawai kerajaan dari Malaysia dan Thailand boleh menggunakan laluan itu atas pelbagai urusan. Sama seperti Thailand membenarkan pegawai kerajaan dari Malaysia menggunakan laluan khas di pintu sempadan mereka.

“Kita terima rungutan daripada pegawai kerajaan Thailand bahawa mereka tidak dibenarkan menggunakan laluan khas untuk masuk ke negara ini atas pelbagai urusan. Kita tidak mahu disebabkan perkara ini, hubungan antara pegawai kedua-dua negara di sempadan terjejas,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ahmad Zaini berkata, sebelum ini, pegawai Konsulat Malaysia pernah dihalang oleh pegawai bertugas daripada menggunakan laluan khas itu untuk ke Thailand, dan perlu melalui laluan sama seperti pengguna lain.

Beliau berkata, surat mengenai perkara itu dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 3 Oktober lepas, dan berharap ia dapat diselesaikan segera.

Selain itu, katanya arahan tersebut turut menyusahkan kira-kira 100 pekerja di kawasan perniagaan zon bebas cukai di Bukit Kayu Hitam yang terpaksa membayar tol sebanyak RM3.60.

“Sebelum ini, pekerja diberi kebenaran melalui laluan khas untuk ke zon bebas cukai. Gaji mereka sekitar RM900 dan jika mereka terpaksa melalui laluan biasa yang ada tol, sudah pasti ia akan membebankan mereka,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]36TSr3UaC6Y[/wpdevart_youtube]

Tags: KDN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd