• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Warga Myanmar Mati Dipercayai Dibunuh Rakan Sekerja

oleh Ahmad Albab
10/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dipercayai dibunuh rakan sekerjanya di sebuah kontena di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Gua Tempurung, Kuala Dipang dekat Kampar di sini hari ini.

Mangsa berumur lingkungan 30-an itu ditemui penyelianya terbaring di atas lantai dengan keadaan kepala hampir putus serta beberapa kesan luka di leher, kira-kira 7.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata pemeriksaan ke atas mayat mendapati mangsa meninggal dunia lebih kurang 12 jam lalu iaitu kira kira pukul 1 pagi.

“Mangsa mati selepas ditetak di kepala dan leher. Mayat mangsa juga berbau arak dan disyaki minum alkohol sebelum dibunuh,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Ng berkata mangsa bekerja di kawasan kebun tanaman bendi itu sejak dua tahun lepas dan tinggal di kontena berkenaan bersama seorang rakan sekerjanya yang juga warga Myanmar.

“Tidak ada perumahan atau tempat tinggal lain di kawasan berkenaan. Hanya mangsa dan suspek sahaja tinggal dalam kontena itu dan disyaki kejadian berpunca daripada pergaduhan dan mabuk semasa kejadian.

“Ketika mangsa ditemui, rakan mangsa yang berumur lingkungan 30-an tidak dapat dikesan dan gagal dihubungi,” katanya.

Ng berkata polis sedang berusaha mengesan rakan mangsa kerana disyaki mempunyai kaitan dalam kejadian itu berdasarkan siasatan awal yang dijalankan.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

 

Tags: kes bunuhpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd