• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Belum Ambil Keterangan 2 Budak Orang Asli Selamat

oleh Ahmad Albab
14/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Polis masih belum dapat mengambil kenyataan dua kanak-kanak Orang Asli yang ditemui selamat semalam selepas hilang di Pos Tohoi, Gua Musang, Ogos lepas disebabkan mereka masih lemah kerana dehidrasi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata dua kanak-kanak itu, Miksudiar Alui, 11; dan Norieen Yaakob, 10; yang sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) juga mengalami emosi tidak stabil.

“Kita tunggu pakar perubatan memberi ‘lampu hijau’ untuk kita tanya lebih lanjut kepada mereka mengenai kejadian itu dari awal hingga mereka ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

“Kita kena beri masa untuk mereka betul-betul sihat, (kemudian) baru kita boleh dapatkan cerita yang sebenarnya,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sambutan Hari Sukan Negara peringkat negeri Kelantan di Kompleks Belia dan Sukan Panji di sini pada Sabtu.

Dua mangsa yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang ditemui di tebing Sungai Perias, kira-kira 3.3km dari Pusat Operasi SAR pada 12.15 tengah hari Jumaat, bersama satu mayat budak perempuan.

Mayat yang ditemui itu dikenali sebagai Ika Ayel, 9; selepas proses pengecaman dilakukan anggota keluarganya di Hospital Gua Musang dekat sini pada petang Jumaat.

Dua kanak-kanak itu yang ditemui selepas 47 hari hilang, adalah antara tujuh murid Orang Asli iaitu enam budak perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Tohoi, yang melarikan diri dari asrama sekolah.

Mereka berbuat demikian kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas didapati mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran pada 23 Ogos lepas.

Mazlan turut mengulangi kenyataannya semalam bahawa siasatan awal polis mendapati kejadian itu tidak melibatkan unsur jenayah dan dipercayai tujuh kanak-kanak berkenaan bergerak dalam satu kumpulan.

Kesemua murid itu dipercayai bersembunyi di bawah satu pokok besar di tebing Sungai Perias daripada ditemui pasukan SAR manakala mereka yang meninggal dunia dipercayai kerana dehidrasi.

Beliau berkata keterangan daripada dua kanak-kanak yang selamat itu akan mengesahkan sama ada mayat rakan mereka dibuang ke dalam sungai atau dihanyutkan arus sungai ketika air pasang.

Pada Rabu lepas, pasukan SAR menemui mayat budak perempuan yang telah reput di sungai itu, yang kemudian dikenal pasti sebagai Sasa Sobrie, 8.

Berdasarkan dua penemuan itu, pasukan SAR menggiatkan usaha mencari baki tiga murid yang masih hilang iaitu Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; dan Haikal Yaakob, 8.

Sementara itu, mengulas perkembangan sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kajian perlu dilakukan mengenai kejadian berkenaan supaya ia tidak berulang pada masa depan.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata kajian juga perlu dilakukan mengenai operasi SAR yang mengambil masa yang lama untuk menemui kanak-kanak berkenaan.

“Siasatan yang rapi perlu dilakukan kerana sekarang terdapat bermacam-macam andaian dan teori. Kita tidak menyalahkan sesiapa,” kata Mustapa yang bersama Mazlan meluangkan masa menziarahi dua kanak-kanak itu di HRPZII. – BERNAMA

Tags: Orang Aslipolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Sudah Telefon Wakil Orang Asli

PMX Anwar Sudah Telefon Wakil Orang Asli

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan membantu mencari penyelesaian terhadap pertikaian tanah...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd