• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Zahid Tegur Kalangan Pemimpin BN Yang Timbulkan Provokasi

oleh Ahmad Albab
10/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegur kalangan pemimpin parti Barisan Nasional (BN) kerana menimbulkan provokasi yang boleh menyebabkan khalayak meragui kewibawaan agensi penguatkuasaan melaksanakan tanggungjawab berhubung soal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya sebarang kenyataan bersifat provokasi tidak seharusnya dijadikan sandaran untuk menggambarkan seolah-olah agensi penguatkuasaan tidak mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan penyiasatan dan melakukan pendakwaan lebih awal.

“Ketulusan saranan daripada kenyataan Majlis Raja-Raja tidak sepatutnya ditangguk dalam air keruh yang seharusnya dijernihkan agar terpancar keikhlasan untuk menyelamatkan parti dan kerajaan,” katanya dalam kenyataan media yang diedar kepada wartawan Malaysia yang meliputi lawatan kerja beliau di sini Jumaat.

Katanya tindakan dendam dan memburukkan keadaan akhirnya menyumbang kepada “menang sorak kampung tergadai”.

Majlis Raja-Raja Melayu pada 6 Okt lepas bertitah meminta supaya siasatan berhubung 1MDB diselesaikan segera. Beberapa pihak termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyuarakan pandangan berkenaan titah Majlis Raja-Raja.

Ahmad Zahid berkata menjunjung kasih saranan Majlis Raja-Raja bukanlah dengan mengambil langkah provokasi untuk mengajak khalayak meragui kredibiliti agensi yang berwibawa untuk mengambil tindakan secara rasional mengikut proses perundangan.

“Sebagai pemimpin yang masih dihormati atas apa jua jawatan penting di dalam parti, seharusnya tindakan yang diambil harus memperlihatkan usaha penyatuan dalam situasi sukar yang sedang dihadapi oleh UMNO, BN dan kerajaan,” kata Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO.

Katanya jika benar tersemat hasrat sesetengah pihak untuk menyelamatkan negara dan parti, tindakan berhemah hendaklah menjadi keutamaan agar ia tidak diambil kesempatan oleh yang bersuara minoriti untuk mengambil alih kerajaan secara tidak bermoral biarpun ia tidak menyalahi system perundangan.

“Selaku seorang pejuang parti UMNO yang setia, saya percaya semua permasalahan pastinya mampu diatasi dengan istiqamah.

“Saya yakin Perdana Menteri dan kerajaan sedang lakukan usaha terbaik dalam memastikan program rasionalisasi yang mendapat sokongan Jemaah Menteri dapat diselesaikan dalam tempoh enam bulan seperti yang dipersetujui,” kata Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid berkata situasi sebegini pernah dialami kepimpinan terdahulu, dan atas kesatuan dokongan akhirnya permasalahan dapat didepani dengan bijaksana.

Beliau meminta pemimpin parti kerajaan di semua peringkat supaya berlapang dada dan berfikiran terbuka tanpa menanam rasa kebencian serta tidak “berkokok berdegar-degar tetapi ekor bergelumang dengan najis”.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kepercayaan hendaklah diberi kepada ketua-ketua jabatan berkaitan khasnya Pejabat Peguam Negara, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyediakan kertas siasatan dan kertas pendakwaan mengikut kaedah perundangan yang ada.

“Sebarang tekanan atas sifat melayani sentimen dan menuding jari tidak seharusnya menyandari sebarang saranan untuk tidak melengahi langkah perundangan yang dilakukan,” katanya.

Semasa di sini, Ahmad Zahid, antara lain, menandatangani dokumen Arahan Presiden Keselamatan Negara No.6 (HSPD-6) bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry, bagi membolehkan Malaysia menyertai program pengecualian visa Amerika. – BERNAMA

 

Tags: BNZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasama PH BN Beri Nyawa Kepada UMNO Kekal Relevan – DAPSY

Kerjasama PH BN Beri Nyawa Kepada UMNO Kekal Relevan – DAPSY

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerjasama dan rundingan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Tiada Parti Dapat Bentuk Kerajaan Jika PRU-16 Pertandingan Tiga Penjuru – Liew Chin Tong

Tiada Parti Dapat Bentuk Kerajaan Jika PRU-16 Pertandingan Tiga Penjuru – Liew Chin Tong

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP meramalkan tiada mana-mana parti akan dapat membentuk Kerajaan Persekutuan walaupun dengan majoriti mudah pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd