• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadikan Sukan Sebagai Budaya Hidup – Perdana Menteri

oleh Ahmad Albab
12/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Rakyat Malaysia perlu menjadikan sukan sebagai satu budaya dan tidak hanya menjalankan aktiviti itu pada hari sambutan sahaja, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata sekiranya sukan dijadikan sebagai budaya dan cara hidup, negara akan mampu melahirkan ramai jaguh sukan yang hebat di mata dunia.

“Hari ini kita ada pemain nombor satu dalam skuasy dan badminton tetapi siapa pengganti selepas (Datuk) Nicol David dan (Datuk) Lee Chong Wei… ia jadi tanda tanya.

“Jika kita aktif, (persoalan) budaya sukan dengan sendirinya terjawab sebab ratusan anak muda akan tampil ambil bahagian di peringkat tertinggi dunia,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Sukan Negara yang dihadiri kira-kira 20,000 orang di padang kawad Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini pada Sabtu.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh; Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Perdana Menteri berkata Malaysia ketika ini masih belum mampu menjadi jaguh sukan dunia walaupun pernah menganjurkan pertandingan sukan antarabangsa seperti Sukan SEA dan juga Sukan Komanwel.

“Kalau dari segi penganjuran memang tidak boleh saingi Malaysia, Nombor Satu, tetapi dari segi keputusan pertandingan, kejayaan pingat Malaysia belum sampai ke tahap negara bersukan.

“Australia contohnya, jumlah penduduk 30 juta, lebih kurang rakyat Malaysia kira-kira 30 juta tetapi dalam sukan dominasi mereka lebih besar dan tinggi kerana asasnya… mereka berbudaya sukan,” katanya.

Perdana Menteri dalam pada itu berkata menjadikan sukan sebagai budaya akan mengurangkan bilangan rakyat Malaysia yang mengalami tekanan dan berlebihan berat badan.

“Ramai juga akan berpeluang mendapat pekerjaan dalam bidang sukan seperti menjadi jurulatih dan pegawai perubatan sukan. Ini hasrat kita,” kata beliau.

Sambutan Hari Sukan Negara diisytiharkan pada setiap Sabtu minggu kedua Oktober setiap tahun oleh Perdana Menteri pada 24 Mac lepas.

Sambutan ini merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan yang ia satu langkah proaktif dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’.

Hari Sukan Negara diisi dengan lebih 17,000 aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan sambutan ini yang diraikan secara serentak di seluruh negara.

Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya berganding bahu menganjur dan menyertai program serta aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan. – BERNAMA

 

Tags: Hari Sukan NegaraNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Visi Sukan Negara 2030 Dilancar

Visi Sukan Negara 2030 Dilancar

08/10/2022
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan Visi Sukan Negara 2030 (VSN2030) dalam usaha mewujudkan...

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd