• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Maki Penguatkuasa MBPP Ditahan Polis

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Dua lelaki Cina yang memaki hamun dan melemparkan wang kepada anggota penguat kuasa wanita Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ditahan polis, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, dua lelaki terbabit masing-masing berusia 19 dan 25 tahun.

Menurut beliau lagi, kedua-dua mereka berjaya ditahan oleh pihak polis ketika berada dekat sebuah restoran makanan segera di Farlim, Ayer Itam, di sini, kira-kira pukul 4 petang pada Jumaat.

“Kita akan melengkapkan kertas siasatan dan akan merujuk kes ini kepada Timbalan Pendakwa Raya. Kes mereka ini disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” kata Mior Faridalathrash.

Baca: Video: Campak Duit, Panggil Anggota Penguatkuasa Anjing

Insiden berkenaan menjadi sensasi apabila rakaman perbuatan biadap mereka terhadap mangsa yang bertugas ketika itu disiarkan menerusi media sosial dan menjadi viral dalam kalangan netizen.

Salah seorang daripada mereka turut dilihat bertindak kurang ajar dengan melemparkan wang kompaun ke arah penguat kuasa MBPP terbabit bagi membuka pengunci tayar keretanya yang disekat.

Penguatkuasa wanita itu dilihat bertindak profesional tanpa emosi apabila mengutip duit yang dicampakkan, namun apabila ia dipungut rakan lelaki terbabit kedengaran berkata “anjing!”

Media tempatan sebelum itu melaporkan mangsa telah membuat laporan polis, namun bertindak menarik balik sehingga mencetuskan tanda tanya apakah yang berlaku sebenarnya. – Agensi/Mynewshub.cc

Tags: anjingDAPmaki hamunPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Saman Kerajaan Melaka Isu Tujuh ADUN Lantikan

DAP Saman Kerajaan Melaka Isu Tujuh ADUN Lantikan

12/10/2026
0

MELAKA - DAP mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Melaka bagi mencabar kesahihan pindaan perlembagaan negeri yang membolehkan pelantikan sehingga tujuh...

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

03/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong memberi jaminan dasar kawasan bebas kenderaan atau Car Free Zone (CFZ) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd