• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Foto Ini Sedang Viral, Katanya Di Kelantan.. PAS Buat Apa?

oleh AK-47
07/10/2014
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ketika ini foto dua orang model wanita berpakaian seksi dalam satu pameran kereta dikatakan sedang viral di internet kerana ia dikatakan berlaku di Kelantan.

Seorang pengguna laman sosial mengecam gambar itu yang disifatkan sebagai satu kegagalan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS dalam menangani majlis yang seksi seumpama itu.

Pengguna berkenaan begitu marah apabila majlis itu, iaitu satu pameran kereta jenama Peugout didakwa telah diadakan di pusat membeli-belah KB Mall di Kota Bharu, Kelantan.

KelantanSeksi_1

Kecaman pengguna itu disahut sini oleh beberapa pengguna lain yang mengatakan parti PAS memang sejak dahulu hanya mementingkan politik dalam perjuangan sebenar dan bukannya Islam.

Satu lagi gambar yang turut viral ialah, kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS Khalid Samad yang memberikan reaksi kepada satu pesta arak anjuran Carlsberg Malaysia yang diadakan di Shah Alam sejak bulan lepas.

Menurut Khalid, pesta seperti itu tidak boleh dihalang kerana ia ditujukan untuk orang bukan Islam.

Kenyataan beliau dipaparkan di laman web Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Khalid berkata penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.

“Islam mengiktiraf bahawa arak tidak merupakan sesuatu yang haram mengikut ajaran agama mereka.

“Tambahan pula pesta kemuncak yang akan diadakakan di Petaling Jaya itu adalah di kawasan majoriti bukan Islam.

“Apatah lagi jika mahu dibandingkan dosa arak dengan syirik, sebenarnya dosa syirik lebih besar berbanding arak, namun gereja dan kuil tetap dibenarkan,” katanya menurut paparan laman web itu.

PAS_Arak

Pesta arak anjuran Carlsberg itu sudah pun bermula sejak 24 September lepas di RP, Saujana Hotel Subang dan diikuti di Berjaya Time Square Hotel, Brussels Setia Walk, Puchong, I Beam, Batu Pahat, Johor, Deutsches Gasthaus, Kepong, KL, Hakka Restaurant Kuala Lumpur, Movida, Sunway Giza, PJ dan Euro Deli, Penang.

Kemuncak pesta ini akan diadakan pada 10 hingga 12 Oktober ini di tempat letak kereta, One Utama Petaling Jaya.

Kegagalan Khalid bersuara dalam soal pesta arak juga dilihat kegagalan PAS dalam memperjuangkan Islam seperti mana yang dicanang-canangnya sebelum ini.

PAS sebenarnya dalam ceramah-ceramah politiknya menuduh UMNO membenarkan kilang arak dan membenarkan judi sebagai satu perbuatan menghalalkannya di negara Islam seperti Malaysia.

Ketika menuduh UMNO tidak pula dikatakan lesen judi dan arak itu dikeluarkan untuk pengeluarannya untuk orang bukan Islam sebaliknya dituduh Barisan Nasional (BN) menghalalkannya.

Sebab itu lah mereka ini merupakan parti yang tidak serupa bikin, apabila sesuatu yang melibatkan diri mereka sendiri, mereka tutup mata. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

Tags: Khalid SamadPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd