• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adira Akui Tolak Lelaki Lain, Masih Sayang Bekas Tunang

oleh AK-47
10/10/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI yang sinonim dengan jolokan ‘Snow White Malaysia’, Adira mengakui dia masih menyimpin sedikit perasaan sayang terhadap bekas tunangnya Shahrul Nasrun Kamarudin meskipun hubungan mereka sudah berakhir sejak April lalu.

1

Malah, penyanyi keluaran rancangan televisyen realiti Akademi Fantasia ini memilih untuk menolak mana-mana lelaki yang mendekatinya demi menjaga hati keluarga bekas tunangnya itu.

Menurut Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 24, sebagai manusia biasa, sukar baginya mengikis perasaan sayang itu terus kerana hubungan yang dia dan Shahrul sudah terjalin lama.

https://instagram.com/p/1PaSVwQq6W/?taken-by=adira_suhaimi

 

“Ada pihak yang kata saya tidak nampak sedih. Mungkin mereka lihat saya gembira tapi mereka tidak tahu perasaan sebenar saya. Kami berkawan lama dan sudah tentu sehingga sekarang masih ada lagi rasa sayang dalam hati saya terhadap dia.

“Sejak saya putus tunang ada juga beberapa orang yang ingin mendekati saya tapi saya tolak, kadang-kadang dengan alasan yang tidak masuk akal.

“Saya belum bersedia dan hati saya belum terbuka untuk terima lelaki lain, saya  juga ingin menjaga hati dan perasaan keluarga bekas tunang.

“Saya tidak mahu mereka kata apa pula nanti, baru sahaja putus sudah anda pengganti, “ katanya kepada mStar Online.

Mengikut perancangan, Adira sepatutnya melangsungkan pernikahan pada tanggal 19 September lalu yang juga merupakan tarikh lahirnya, namun ia hanya tinggal kenangan apabila hubungan mereka menemui titik nokhtah.

Sementara itu, Adira berkata, kejadian gempa bumi di Sabah baru-baru ini turut mengalihkan tumpuan kesedihannya terhadap kegagalan hubungan tersebut dan hanya memikirkan keselamatan ibu dan keluarganya yang ditimpa bencana. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Adira
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Cerai Bukan Jalan Penyelesaian” – Datuk Red

25/03/2018
0

ISU penceraian antara pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude dan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh masih menjadi perbualan...

Adira Sudah Lali Cemuhan Netizen Terhadap Diri

07/02/2018
0

PENYANYI, Adira akui malas melayan tohmahan negatif netizen yang mengkritik tindakannya dan aktres, Izreen Azminda menjadi penghias wajah muka depan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd