• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Lebuhraya Pan Borneo Terbukti Bukan Dongengan

oleh Ahmad Albab
08/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerja-kerja pembinaan sedang berjalan di Jalan Simpang Nyalau/Bakun sepanjang 43 kilometer yang merupakan fasa pertama projek Lebuhraya Pan Borneo bernilai RM15 bilion.

Fasa kedua pula membabitkan pembinaan jalan raya Teluk Melano/Sematan di Lundu sepanjang 33 kilometer.

Setiausaha tetap kepada Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Sarawak, Safri Zainuddin berkata tender bagi pembinaan Jalan Raya Telok Melano/Sematan sudah dianugerahkan kepada kontraktor terpilih.

“Jentolak pertama akan berada di sana bulan depan,” katanya semasa menjawab soalan peserta sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan Sarawak yang anjuran Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) di sini, hari ini.

“Ini membuktikan projek lebuh raya empat lorong Pan Borneo Sarawak yang menghubungkan negeri ini dengan Sabah bukan cerita dongeng seperti yang didakwa,” ujarnya.

Projek tersebut mula dicadangkan pada 1963 dan hanya diluluskan selepas lebih 50 tahun semasa di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri pada 31 Mac lalu semasa lawatan ke Bintulu.

Pembinaan fasa pertama Jalan Simpang Nyalau/Bakun dijangka siap dalam tempoh 30 bulan. – BERNAMA

Tags: Lebuhraya Pan BorneoSabahsarawak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd