• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mercedes-Benz Kekalkan Harga Buat Masa Ini

oleh Ahmad Albab
08/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mercedes-Benz Malaysia Sdn. Bhd. akan mengekalkan harga bagi tempoh jangka pendek dan sederhana sekalipun ringgit sekarang dalam keadaan turun naik.

Naib Presidennya Mark Raine berkata syarikat akan melakukan yang terbaik untuk melindungi pelanggan dan terus dengan strategi penetapan harga jangka panjang bagi jenamanya di Malaysia.

“Seperti perniagaan lain, kami juga terjejas dengan turun naik ringgit. Namun kami akan memanfaatkan sepenuhnya instrumen kewangan untuk mengehadkan kesan.

“Kami sentiasa memantau dan menyemak semula kadar tukaran asing,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan kewangan suku ketiga syarikat, di sini, hari ini.

Menurut Raine, jika keadaan turun naik mata wang kekal untuk jangka panjang, pengeluar kereta berpangkalan di Jerman itu mungkin menimbang kemungkinan menyesuaikan harga kenderaan bagi pasaran Malaysia.

Mengenai pengecualian duti eksais bagi model hibrid unit terurai untuk dipasang (CKD) yang dijadualkan hujung tahun ini, beliau berkata syarikat memohon tempoh lanjutan.

“Kami dalam proses (memohon) dan optimis dapat meneruskan dengan harga semasa bagi model hibrid kami,” katanya.

Berhubung prestasi jualan suku ketiga, jualan kereta Mercedes-Benz Malaysia bagi tahun ini setakat ini melonjak 70 peratus kepada 8,196 unit daripada 4,817 unit yang dijual dalam tempoh sama pada 2014.

Setakat Ogos 2015, ia berjaya menjual 7,194 unit, mengatasi jumlah keseluruhan bagi tahun kewangan 2014 yang mencatatkan 6,932 unit, sekali gus mecipta satu lagi rekod.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Clause Weidner berkata C-Class adalah penyumbang utama dalam pertumbuhan, mencatatkan jualan sebanyak 861 unit, peningkatan 219 peratus bagi suku ketiga berbanding suku sama tahun lepas. – BERNAMA

Tags: keretaMercedes-Benz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau diminta menggunakan kereta BMW kalis peluru kerana beliau didapati...

Calon BN Puteri Wangsa ‘Sekolahkan’ Dr. Maszlee Depan-Depan: “Jalan Raya Itu Jalan Persekutuan”

Calon BN Puteri Wangsa ‘Sekolahkan’ Dr. Maszlee Depan-Depan: “Jalan Raya Itu Jalan Persekutuan”

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik 'disekolahkan' secara depan-depan oleh calon Barisan Nasional (BN) berhubung perbezaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd