• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden PAS Bebas Daripada Saman Fitnah RM2 Juta

oleh Ahmad Albab
08/10/2015
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bebas daripada saman fitnah RM2 juta yang difailkan bekas calon PKR bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Ini berikutan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini yang menolak permohonan Mohd Shamsul bagi kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan, dalam usaha membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 16 Dis tahun lepas menolak saman fitnah Shamsul terhadap Abdul Hadi dan Mahkamah Rayuan pada Mei lepas, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif yang mengetuai panel itu turut memerintahkan Mohd Shamsul membayar kos RM10,000 kepada Anggota Parlimen Marang berkenaan.

Dua lagi anggota panel ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Abu Samah Nordin.

Mohd Shamsul menyaman Abdul Hadi selepas mendakwa Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan fitnah semasa berceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang, pada 22 April 2013.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam ceramah menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) itu, telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon pilihan raya dan ahli perniagaan.

Mahkamah Tinggi ketika menolak saman Mohd Shamsul itu memutuskan plaintif (Mohd Shamsul) gagal membuktikan bahawa kata-kata yang didakwa diucapkan oleh Abdul Hadi sebenarnya merujuk kepada beliau.

Mohd Shamsul bertanding mewakili PKR bagi DUN Bukit Besi, Terengganu pada PRU13.

Mohd Shamsul diwakili peguam A. Vasudevan dan V. Saravanan manakala peguam Datuk Takiyuddin Hassan mewakili Abdul Hadi. – BERNAMA

Tags: Hadi AwangPASsaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd