• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditahan Kerana Menyamar Polis Dan Cubaan Cabul

oleh Ahmad Albab
07/10/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Seorang lelaki ditahan kerana menyamar sebagai anggota polis serta cuba mencabul kehormatan pembantu rumah warga Filipina di sebuah rumah di Jalan Khalidi di sini 30 Sept lepas.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob berkata polis menahan suspek berumur 27 tahun itu di Tanjong Emas di sini kira-kira pukul 7.30 malam Sabtu lalu.

Azman berkata dalam kejadian 30 Sept itu, suspek yang menaiki sebuah motosikal telah pergi ke rumah berkenaan sebelum meminta visa daripada pembantu rumah tersebut.

“Pembantu rumah yang baru bekerja kira-kira tiga hari itu kemudiannya bergegas menuju ke dalam rumah, sebelum suspek bertindak mengejar mangsa dan cuba memeluknya.

“Bagaimanapun, seorang daripada anak tuan rumah yang menyedari kejadian itu kemudiannya bertindak menjerit hingga menyebabkan suspek melarikan diri,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata, suspek yang merupakan seorang penganggur dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup dan siasatan juga mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing juga negatif dadah.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan Seksyen 354/511 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul,” katanya.

Sementara itu, polis turut menahan lima remaja lelaki berumur 14 hingga 17 tahun bersama seorang lelaki dewasa berumur 21 tahun kerana dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk bengkel motosikal di pekan Parit Yusof, di sini pada 29 Sept lalu.

Azman berkata semua remaja itu yang sudah tidak bersekolah termasuk dua daripadanya merupakan adik beradik ditahan dalam beberapa serbuan di rumah masing-masing sehari selepas kejadian.

Katanya hasil tangkapan itu polis berjaya menemukan semula barang yang dicuri di bengkel berkenaan selain sebuah motosikal yang dilaporkan hilang di Telok Kemang, Negeri Sembilan sebelum ini.

Beliau berkata, mereka tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan ujian saringan air kencing mendapati semuanya negatif dadah serta tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Semua suspek direman sehingga 11 Okt ini dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes cabulpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd