• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia-Indonesia Bincang Isu Gaji Amah Minggu Depan

oleh Ahmad Albab
07/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan kerja bersama Malaysia dan Indonesia akan mengadakan pertemuan pada 15 dan 16 Okt ini di Jakarta untuk mencari penyelesaian kepada isu pembantu rumah dari republik itu.

Duta Besar Indonesia di Malaysia, Herman Prayinto berkata antara isu yang bakal dibincangkan adalah permintaan Indonesia terhadap gaji lebih tinggi bagi rakyatnya yang bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia.

“Ya, kita akan membincangkan tentang isu gaji lebih baik. Mesyuarat kumpulan kerja ini juga akan memfokus kepada mekanisme penghantaran pembantu rumah serta kebajikan mereka yang bekerja sebagai pembantu rumah di sini,” katanya dalam sidang akhbar pada Mesyuarat Komuniti Sosio-Budaya ASEAN ke-14 di sini, hari ini.

Pada Mei lepas, Indonesia menghantar memorandum kepada kerajaan Malaysia untuk meminta supaya gaji minimum pembantu rumah Indonesia di Malaysia dinaikkan daripada RM700 kepada RM1,200 sebulan.

Kerajaan Indonesia berpendapat cadangan itu akan menjadikan perkhidmatan domestik di Malaysia lebih kompetitif dan mampu bersaing dengan gaji yang ditawarkan oleh negara-negara lain.

Mereka juga memberi justifikasi bahawa gaji yang lebih baik dapat membendung masalah kemasukan pendatang asing tanpa izin.

Bagaimanapun, usul itu dibantah oleh kebanyakan masyarakat di negara ini. – BERNAMA

Tags: amahGaji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gaji Sektor Swasta Meningkat 4.2 Peratus – Tengku Zafrul

Gaji Sektor Swasta Meningkat 4.2 Peratus – Tengku Zafrul

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, gaji sektor swasta...

“Najib Ambil Gaji, 1MDB Pun Ambil” – Maszlee

“Najib Ambil Gaji, 1MDB Pun Ambil” – Maszlee

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik mendakwa tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia seorang Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd