• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bicara Kes Saman Fitnah Mustapa Mohamed Bulan Depan

oleh Ahmad Albab
07/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes saman fitnah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed terhadap PAS dan empat yang lain akan didengar dalam perbicaraan penuh bulan depan selepas gagal mencapai penyelesaian.

Peguam C.K. Lew, yang mewakili Mustapa, memberitahu pemberita bahawa pihak plaintif dan defendan tidak mencapai persetujuan berhubung kos dan perkara perundangan.

“Oleh itu, tiada penyelesaian. Mahkamah menetapkan 12 dan 13 Nov untuk perbicaraan itu,” katanya selepas bertemu Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nor Bee Ariffin di dalam kamar hari ini.

Pada 30 Sept, keempat-empat defendan itu – PAS dan bekas setiausaha agungnya Mustafa Ali, Ketua Pengarang harakahdaily.net, Zulkifli Sulong dan Editor akhbar online itu, Azmi Yusof, mencadangkan kepada mahkamah berhubung penyelesaian itu.

Seorang lagi defendan, bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, menyatakan hasrat untuk bertemu Mustapa untuk membincangkan penyelesaian kes itu.

Pada 22 April 2013, Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, memfailkan saman itu selepas mendakwa Husam telah mengeluarkan perkataan fitnah terhadap beliau dalam ceramah politik di tapak Ekspo Machang di Kelantan pada 23 Mac 2013.

Perkataan fitnah itu didakwa berhubung saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Plaintif, yang juga Anggota Parlimen Jeli, mendakwa bahawa pada 24 Mac, 2013, PAS dan defendan lain menyiarkan ucapan Husam yang didakwa berbaur fitnah itu menerusi harakahdaily.net, yang boleh diakses berjuta-juta pengguna laman web.

Mustapa mendakwa kenyataan itu bermaksud beliau seorang pemimpin dan ahli politik yang korup, tidak berkredibiliti dan menyalahgunakan kuasanya bagi kepentingan peribadi dan pemimpin UMNO. – BERNAMA

Tags: FGVHHarakahMustapa MohamedPASsaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan 'Malaysia aman tanpa DAP' sangat berbahaya....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd