• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertikai Cara Nyanyi: Karl Shafek Harap Fynn Jamal Tak Kecil Hati

oleh AK-47
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

RENTETAN kontroversi yang tercetus di antara pelakon Karl Shafek dan Fynn Jamal menerusi satu tweet di laman makro Twitter baru-baru ini, Karl berharap penyanyi itu tidak terasa dan berkecil hati dengan pertanyaannya itu.

Karl yang menyifatkan tindakannya mempersoalkan nyanyian Fynn menerusi lagu baharunya yang bertajuk Suatu Pernah adalah sebagai seorang pendengar radio dan bukannya penggiat muzik.

“Secara jujurnya tweet saya itu adalah satu pertanyaan dari seorang pendengar radio dan bukanlah orang yang berada dalam bidang seni atau sebagainya.

“Soalan itu terngiang-ngiang dalam kepala agak lama dan saya hanya sekadar mahu bertanya sehingga menulisnya di laman sosial,” katanya ketika ditemui di Istana Budaya semalam.

[AHLI KUMPULAN VE KRITIK FYNN JAMAL, ‘TOLONG JANGAN NYANYI LAGI’]

karls

Fynn-Jamal-Pejuang-Hak-Anak-Tidak-Berdosa-ROTIKAYA-700x430
Fynn Jamal

“Saya haraplah Fynn tidak kecil hati dan terimanya dengan positif. Saya juga harap Fynn tidak menganggap persoalan itu untuk menghentamnya atau memburuk-burukkannya,” tambah Karl.

Di samping itu, Karl juga tidak mempertikaikan serta mengakui hasil karya penulisan Fynn dalam lagu-lagunya sangat hebat dan bermakna.

Tenggelamnya-Kapal-Van-Der-Wijck

Dalam perkembangan lain, Karl turut terlibat dalam pementasan teater ‘Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck’ yang bakal dipentaskan bermula 12 Oktober hingga 18 Oktober ini di Panggung Sari, Istana Budaya.

Pelakon dan pengacara itu telah diberi kepercayaan untuk menggalas watak Azis dan kini masih aktif menjalani latihan dan membaiki mutu lakonannya demi memberikan yang terbaik minggu hadapan.

“Saya agak terkejut pada mulanya apabila ditawarkan untuk memegang watak itu. Ia juga merupakan cabaran buat diri saya selepas hampir 2 tahun berehat dalam bidang teater dan lakonan,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ArtisFynn JamalKarl Shafekkontroversi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan sesi pertemuan dan ‘tabayyun’ telah diadakan bersama Timbalan Menteri di Jabatan...

PRN Negeri Sembilan: Amirudin Dakwa Rekod Anthony Loke Di Peringkat Persekutuan Cemerlang

PRN Negeri Sembilan: Amirudin Dakwa Rekod Anthony Loke Di Peringkat Persekutuan Cemerlang

26/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook didakwa mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang di peringkat Kerajaan Persekutuan. Menteri Besar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd