• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peperiksaan UPKK Subjek ADAB I & II Ditangguhkan

oleh Ahmad Albab
07/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi subjek ADAB I dan II yang dijadual hari ini, ditangguhkan ke satu tarikh dimaklumkan kemudian.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha berkata ia susulan pengumuman penutupan sekolah di daerah Langkawi oleh Kementerian Pendidikan semalam.

“Maka, pelaksanaan peperiksaan UPKK kepada 207,343 calon yang diselaraskan JAKIM di seluruh negara bagi kedua-dua subjek itu esok, adalah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata semua agensi bertanggungjawab melaksanakan KAFA diharap dapat mengambil tindakan segera terhadap arahan terbaru itu.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid semalam, mengumumkan semua sekolah di seluruh negara dibuka seperti biasa esok kecuali Langkawi yang masih mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Setakat 7 malam ini, bacaan IPU dicatatkan di Langkawi ialah 158. – BERNAMA

Tags: KAFAUPKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu 80 Murid Tak Dapat Duduki UPKK, JAIS Perjelas Punca Sebenar

Isu 80 Murid Tak Dapat Duduki UPKK, JAIS Perjelas Punca Sebenar

05/11/2025
0

SHAH ALAM: Pihak pengurusan Sekolah Rendah Islam (SRI) al-Afsari di Saujana Putra di Kuala Langat yang 80 muridnya tidak dapat...

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

25/08/2023
0

SHAH ALAM – Pertukaran guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sabak Bernam dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd