• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

20,000 Unit Rumah Generasi Kedua Felda Dijangka Siap 2018

oleh Ahmad Albab
06/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SLIM RIVER – Sebanyak 20,000 unit rumah generasi kedua Felda melibatkan peruntukan RM380 juta dijangka siap sepenuhnya menjelang 2018, kata Pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Beliau berkata rumah mampu milik itu boleh dibeli oleh generasi kedua Felda dengan harga RM70,000 seunit.

“Felda mendapat pinjaman daripada bank dan kita akan mulakan (pembinaan) secara berperingkat. Kita harap menjelang 2018, sekurang-kurangnya 80 peratus rumah siap dibina.

“Model perumahan telah siap dan banyak syarikat menawarkan diri untuk menjalankan projek dan perkara itu akan diuruskan oleh pihak pengurusan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Semai Bakti, Felda Sungai Behrang, di sini, hari ini.

Isa berkata beliau akan berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membentangkan model perumahan itu, esok.

Beliau berkata pihaknya telah mengenal pasti kawasan untuk membina perumahan itu dan rumah itu akan disewa beli kepada generasi kedua terlebih dahulu dalam tempoh lima tahun.

“Selepas itu, baru mereka boleh memohon untuk memiliki sepenuhnya rumah berkenaan,” katanya.

Isa berkata sebelum ini, keluasan binaan rumah untuk generasi kedua adalah dalam lingkungan 102 meter persegi bernilai RM90,000 seunit, namun bagi model baharu ialah 74.3 meter persegi dengan harga RM70,000.

“Sebelum ini, kerajaan meluluskan projek perumahan RM90,00 tetapi projek itu terhenti sementara untuk melaksanakan projek pembinaan rumah yang lebih murah,” katanya.

Pada 30 Ogos lepas, Perdana Menteri mengumumkan harga baharu rumah untuk generasi kedua Felda, yang boleh dibeli pada harga antara RM60,000 dan RM70,000 seunit.

Najib berkata sebelum ini, di bawah Program Perumahan Generasi Kedua Felda, beliau mengumumkan penurunan harga rumah dari RM120,000 kepada RM90,000 untuk pembinaan kira-kira 20,000 unit rumah untuk generasi kedua peneroka.

Berhubung pembakaran terbuka di Indonesia, Isa berkata ladang di bawah kendalian Felda di Kalimantan tidak terlibat.

“Ya, memang kita ada ladang di Kalimantan seluas 400 hektar sejak tiga tahun lepas. Setakat ini, berdasarkan laporan diterima, kita tidak terlibat,” katanya. – BERNAMA

Tags: FeldaIsa Samad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ada ‘Tangan Ghaib’ Halang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor – Onn Hafiz

Ada ‘Tangan Ghaib’ Halang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor – Onn Hafiz

24/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendedahkan terdapat 'tangan ghaib' menghalang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor...

Yang di-Pertuan Agong Tarik Balik Gelaran Tan Sri Isa Samad

Yang di-Pertuan Agong Tarik Balik Gelaran Tan Sri Isa Samad

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menarik balik kurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd