• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Mantapkan Aspek Rawatan, Kesihatan Awam Hadapi Banjir

oleh Ahmad Albab
06/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersedia menghadapi kemungkinan banjir besar kali ini dengan memantapkan rawatan individu dan kesihatan awam.

Timbalan Pengarah Kanan Kesihatan, Datuk Dr. Rohaizat Yon berkata pihaknya sudah membuat persiapan rapi bagi memastikan perkhidmatan kesihatan dapat disalurkan dengan lebih berkesan sekiranya bencana itu berlaku lagi.

“Kami sudah mulakan latihan dan penerangan di semua KKM seluruh negara termasuk hospital untuk memastikan pakar kami bersedia memberi rawatan apabila situasi buruk berlaku,” katanya pada sidang media perasmian Kursus ‘International Tabletop Exercise and Communication Disasater Medicine’ (TOPMCOM) 2015 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Selayang, di sini, hari ini.

Kursus tiga hari anjuran KKM bersama-sama Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Selayang itu menampilkan pakar kecemasan dan penyelia hospital tempatan dan luar negara termasuk Australia, Nepal, India dan Bangladesh.

Jelas Dr. Rohaizat kementerian turut bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk memastikan bantuan dan perkhidmatan kesihatan dapat diberikan dengan cepat dan menyeluruh.

Katanya, kementerian juga turut bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk memastikan bantuan dan perkhidmatan kesihatan dapat diberikan dengan cepat dan menyeluruh.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Krisis Kebangsaan (CPRC) yang berpusat di Putrajaya juga kini sedang mengumpul malumat berhubung kemungkinan banjir bagi menyelaras aktiviti kesihatan awam sekiranya banjir besar melanda negara.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pakar Perubatan Kecemasan dan Pengurusan Bencana, Jabatan Kecemasan Hospital Selayang, Datuk Dr. Alwi Abdul Rahman berkata melalui kursus tiga hari tersebut, Malaysia dapat mempelajari teknik terkini yang digunakan wakil negara luar bagi pengurusan bencana.

“Dengan kemajuan teknologi di barat, kita perlukan latihan ini untuk lihat bagaimana ia digunakan dan bagaimana kita boleh mengaplikasikannya untuk menaik taraf tahap kesiapsiagaan pengurusan bencana di negara kita,” katanya.

TOPCOM 2015 dirasmikan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya dan penyampaian Anugerah Jasamu Dikenang turut berlangsung melibatkan 32 penerima sebagai menghargai jasa mereka dalam bidang pengurusan bencana secara langsung atau tidak langsung di dalam dan di luar negara.

Antara yang menerima anugerah berkenaan ialah Presiden MERCY Malaysia, Datuk Dr. Ahmad Faizal Mohd Perdaus; Malim Gunung, Joseph Kolis dan jurukamera BERNAMA TV, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, yang terbunuh semasa bertugas di Somalia pada 2011. – BERNAMA

Tags: BanjirKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd