• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Terbiar 7 Jam Dalam Restoran Tanpa Disedari

oleh Ahmad Albab
08/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

HONG KONG – Seorang wanita gelandangan yang mati ketika berada di sebuah restoran McDonald di Kowloon, di sini, dilaporkan terbiar selama lebih tujuh jam tanpa disedari oleh pekerja dan pelanggan yang makan di premis berkenaan.

Wanita berusia dalam lingkungan 50-an itu dilaporkan masuk ke restoran itu pada jam 8.39 pagi, 2 September lalu.

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan dia duduk berhampiran tandas sebelum pengsan dan jatuh ke bawah meja kira-kira jam 1.20 pagi keesokan harinya.

Pada jam 8.30 pagi barulah seorang pekerja restoran berkenaan menghubungi ambulans selepas mendapati wanita itu terbaring di bawah meja.

Pasukan perubatan yang tiba mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia.

Sepanjang 24 jam wanita itu berada di restoran berkenaan, tiada pekerja atau pelanggan menghampiri mangsa untuk memeriksa keadaannya.

Restoran berkenaan tetap sibuk dengan pelanggan seperti biasa walaupun polis tiba di tempat kejadian.

Kawasan mayat wanita itu ditemui sahaja ditutup dan pelanggan duduk di meja berhampiran, menikmati makanan seperti biasa.

Mayat mangsa dibawa keluar melalui pintu belakang kira-kira jam 11.30 pagi.

Wanita tanpa pengenalan diri itu dilaporkan sering tidur di dalam restoran berkenaan. – Agensi/myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=kNpCOV3ggoM

Tags: Hong KongMayat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd